Now Reading
Terinspirasi Dengan Alif Satar, Program ‘Lari, Subuh Dulu’ Di Tawau Terima Respon Positif Penduduk

Terinspirasi Dengan Alif Satar, Program ‘Lari, Subuh Dulu’ Di Tawau Terima Respon Positif Penduduk

Kempen dianjurkan oleh penyelaras program Feby Arman Sharif daripada Tawau itu bukan sahaja menggalakkan orang ramai untuk solat Subuh di masjid bahkan bagi meningkatkan kecergasan tubuh badan menerusi acara larian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buat mereka yang beragama Islam, pasti anda tahu bahawa menunaikan solat secara berjemaah di masjid mempunyai pelbagai manfaat dan amat dituntut.

Sejak hujung tahun lalu, lapisan masyarakat di Malaysia telah menunjukkan respon baik terhadap satu kempen dipanggil sebagai #GengSubuhMacamJumaat yang dimulakan oleh selebriti versatil Alif Satar.

Inisiatif tersebut dianjurkan agar orang ramai dapat merasai pengalaman solat Subuh berjemaah dalam kumpulan yang besar sama seperti menunaikan solat Jumaat.


Program ‘Lari, Subuh Dulu’ Galakkan Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid

Terinspirasi dengan gerakan dan fenomena diwujudkan oleh Alif, seorang penyelaras program Feby Arman Sharif daripada Tawau, Sabah telah mengadakan satu acara yang dikenali sebagai ‘Lari, Subuh Dulu’ (LSD) pada semalam (7 Januari).

Inisiatif itu dijalankan bagi menggalakkan umat beragama Islam untuk menunaikan solat secara berjemaah di masjid atau pun di surau.

Menurut Feby Arman, idea itu tercetus selepas melihat kempen Alif Satar mendapat sokongan daripada banyak pihak seluruh negara.

Jelasnya yang juga merupakan Bendahari Kelab Pelari Tawau, program dianjurkan bukan bertujuan untuk mengikuti trend terkini semata-mata.

Sebaliknya, Feby Arman percaya bahawa aktiviti sukan berunsurkan larian selepas menunaikan solat Subuh itu mampu menyatukan golongan masyarakat menerusi penganjuran aktiviti kecergasan yang sihat untuk tubuh badan.


Program ‘Lari, Subuh Dulu’ Dapat Respon Positif

Menerusi program yang dijalankan selama sehari semalam, penduduk di sekitar Tawau telah memberikan respon positif di mana terdapat lebih daripada 300 jemaah sudah turut serta dalam acara tersebut.

“Alhamdulillah, kami mendapat respon sangat positif dengan penyertaan lebih 300 jemaah memenuhi ruang solat utama Surau Al-Firdaus, Kompleks Sukan Tawau (KST).

“Malah, ada di kalangan anak muda yang mengambil peluang beriktiqaf di surau sebagai tanda sokongan kepada acara ini,” kata Feby.

Sumber: Harian Metro

3 Kategori Larian Diperkenalkan

Kalau anda nak tahu, acara larian program tersebut diasingkan kepada tiga kategori mengikut jarak iaitu 15 kilometer dipanggil sebagai ‘Lari Dalam Iman’, enam kilometer, ‘Lari Dalam Taqwa’ dan tiga kilometer ‘Lari Dalam Sarung’.

“Kami berhasrat untuk mengembangkan acara ini dengan pemilihan lokasi atau masjid yang bersesuaian pada masa akan datang,” ujarnya, lapor Harian Metro.

Sumber: Facebook Tawau Runner

Terdahulu, Alif Satar telah menggunakan platform media sosialnya untuk mengajak orang ramai bersama-sama memeriahkan solat Subuh di masjid.

Dengan pengaruh yang dimiliki, kempen itu telah mendapat sambutan hangat khususnya golongan muda untuk bangun awal pagi bagi menunaikan ibadah tersebut.

Bukan sahaja solat bersama, #GengSubuhMacamJumaat juga dipenuhi dengan program tazkirah dari penceramah bebas dan acara larian sejauh lima kilometer bersama artis kegemaran semua itu.


Amalkan Tips ‘5 Second Rule’ Untuk Bangun Awal Pagi

Kepada mereka yang mempunyai masalah untuk bangun pada awal pagi, anda boleh cuba tips yang dikongsi oleh Alif sebelum ini dipanggil sebagai ‘5 second rule’.

Alif berkata sebaik sahaja ‘alarm’ di telefon berbunyi, dia akan memberikan badannya selama 5 saat untuk bersedia sebelum bangun.

Oleh itu dia akan membuat kiraan selama 5 saat di dalam mindanya dan terus bangun daripada tidur.

Tidak dapat dinafikan, memang hebat fenomena yang diwujudkan oleh Alif ini. Buat anda yang sudah sertai program sedemikian, jangan lupa untuk sentiasa istiqamah okay?

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar Di Masjid

Baca Artikel Berkaitan: “Terbaik Anak Muda” – Alif Satar Ajak Orang Ramai Solat Subuh Di Masjid Raih Pujian Netizen

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Kongsi Pengalaman Sertai #GengSubuhMacamJumaat Bersama Alif Satar Di Masjid


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd