Now Reading
KLCC, Pasar Seni, The Exchange TRX & Banyak Lagi Lokasi Menarik Sempena Sambutan Tahun Baru 2024!

KLCC, Pasar Seni, The Exchange TRX & Banyak Lagi Lokasi Menarik Sempena Sambutan Tahun Baru 2024!

Kalau belum ada plan untuk sambut tahun baru 2024, boleh semak senarai kami di bawah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Anda sedang bercuti atau menantikan cuti ‘long-weekend’ yang akan tiba tak lama lagi? Kalau anda tak tahu nak buat apa untuk menyambut malam Tahun Baru 2024, di sini kami menyediakan beberapa senarai aktiviti menarik buat anda dan keluarga.

Nak shopping, boleh. Nak tonton pertunjukan bunga api, pun boleh.

Picture Credit: Flickr/Escape Travel

Goodbye 2023, Hello 2024!

#1. ‘New Year Countdown’ di IOI City Mall & IOI Mall Puchong

IOI Malls akan berkolaborasi dengan Astro Radio untuk menganjurkan acara ‘New Year Countdown’ yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik dan persembahan di IOI City Mall dan IOI Mall Puchong.

  • IOI City Mall – 6pm sehingga 12.30am

Acara kemuncak termasuk nyanyian istimewa secara langsung oleh SkyHigh Band dan finalis The Chosen One Astro – Nurul Iman, Khalyn, Cinta Suci, dan Raja Dayana. Juga, terdapat persembahan menarik oleh artis tempatan terkenal: Gary Chaw, Misha Omar, Amir Masdi, Ara Johari, Haqiem Rusli, Asyraf Nasri, YonnyBoii, Midnight Fusic, dan FS (Fuying dan Sam).

Aktiviti lain termasuk pertunjukan bunga api selama 10 minit, hadiah Q&A, pertunjukan magik, trak makanan, Fire Pyro, pertunjukan Fire Eater, dan penampilan istimewa oleh Didi and Friends.

  • IOI Mall Puchong – 6pm sehingga 12:30am

Persembahan utama merangkumi tarian eksklusif oleh finalis Battleground Astro, nyanyian Jeryl Lee, Jestinna Kuan, Perry Kuan, Ryota Katayama (RYOTA片山凉太), Nicole Lai, Jie Ying, Juztin Lan, Joe Chang, Jasmine Chang, Danial Wong, Jack Yap dan Ahli Rasmi Te3n – Kryston, Macy, Henry, Phoebe, Nicole dan Kimberly.

Terdapat juga pertunjukkan bunga api, hadiah Q&A, trak makanan, pertunjukan magik, dan penampilan khas Tong Tong & Friends Show.


#2. Acara ‘Countdown’ Di The Exchange TRX

Majlis sambutan Tahun Baru 2024 akan bermula pukul 5 petang pada 31 Disember di Plaza Raintree di TRX. Pastikan anda membuat RSVP untuk menyertai acara ini dengan memuat turun aplikasi The Exchange TRX, daftar, dan buat tempahan di bawah tab “Exclusive Events”.

Acara ini akan menampilkan persembahan dari artis antarabangsa, sesi ‘meet and greet’ eksklusif, pertunjukan dron, bunga api yang memukau, dan pelbagai lagi hiburan lain.


#3. Sambutan Tahun Baru di Menara KL (KL Tower)

Sambut kedatangan Tahun Baru di Sky Deck Menara KL pada 31 Disember ini. Majlis akan bermula pada pukul 10 malam dan terhad kepada 250 orang sahaja.

Jadi tunggu apa lagi cepat dapatkan tiket sekarang!

Psst… bagi peminat nasi kandar, ada juga Festival Nasi Kandar di Menara KL pada 27 dan 28 Januari 2024 yang akan berlangsung di Tower Terrace dari 10 pagi hingga 10 malam.

Macam yang orang Penang selalu cakap, mai kita pekena satu round! 😀


#4. Party Like A Pink Fish, Sunway Lagoon

‘Countdown’ ke tahun baru akan diadakan di Surf Beach Sunway Lagoon dengan penampilan Pinkfish Festival. Saksikan persembahan KSHMR, Andrew Rayel, Coone, Jeffrey Sutorius, Bate, Mister Ariffin dan Haikal Ahmad, Ralph’s dan Sentralize.


#5. Art In The Park, KLCC

Art in The Park berlangsung dari 29 Disember hingga 1 Januari 2024 di Taman Suria KLCC dari 10.30 pagi hingga 3.30 petang. Anda boleh menonton hiasan lampu Menara Berkembar Petronas di Taman Pancuran Lake Symphony.

Jangan lupa juga untuk sertai bengkel seni percuma! Kemasukkan untuk bengkel adalah terhad jadi siapa cepat dia dapat!

Dapatkan maklumat lanjut di laman Instagram KLCC The Place.

Alang-alang  berada di kawasan itu, jom nikmati pengalaman musim sejuk dengan “salji” yang turun setiap malam sehingga 1 Januari 2024 di Pintu Utama, Aras G Avenue K, hanya seberang jalan sahaja dari KLCC.

@hazmiftw Avenue K, KLCC winter wonderland. FREE snow falling till 1 jan 2024. #klcc #kualalumpur #snowfalling #gentingwinterwonderland #free #fyp #fypã‚·ã‚šviral #avenuek ♬ Underneath the Tree – Kelly Clarkson

#6. ‘Dreamland’ di Central Market

Central Market akan berubah menjadi ‘Dreamland Rendezvous’ dari 29 Disember hingga 1 Januari 2024. Jom ke pasar ‘pop-up’ di Central Market dari 29 Disember hingga 1 Januari 2024.

Ambil gambar yang cantik untuk anda muat naik di media sosial, minum kopi, beli-belah, dan nikmati persembahan muzik serta tarian. Bermula dari jam 10 pagi sehingga lewat malam.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd