Now Reading
Wanita Kongsi 13 Jenis Barang Untuk Ibu Hamil Demi Kehidupan Seharian Lebih Selesa

Wanita Kongsi 13 Jenis Barang Untuk Ibu Hamil Demi Kehidupan Seharian Lebih Selesa

Antara barangan yang perlu dimiliki oleh ibu hamil adalah seperti bantal berbentuk U, kit ujian glukosa dan minyak terapi untuk mengurangkan rasa loya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Proses ketika mengandung ini adalah satu perjalanan agak mencabar kerana persiapan dari segi fizikal dan mental perlu kuat untuk menghadapi segala dugaan yang bakal mendatang.

Perkara penting yang perlu diambil perhatian ketika hamil adalah kesihatan si ibu dan juga kandungannya.

Oleh itu, beberapa barangan perlu disediakan bagi menjamin kesihatan dan juga keselesaan wanita hamil.


Barang Keperluan Untuk Ibu Mengandung

Menerusi bebenang dimuat naik di laman X (Twitter @syeerayahaya), wanita ini berkongsi beberapa jenis barangan yang berkemungkinan diperlukan oleh para wanita yang sedang hamil.

Antaranya:

#1. Bantal Materniti Berbentuk U
Sumber: Shopee

Apabila perut semakin membesar, sesetengah wanita hamil semakin sukar untuk tidur dengan lena. Sekejap pusing ke kiri, sekejap ke kanan. Nak tidur terlentang tak boleh.

Jadi bantal materniti berbentuk U ini boleh menjadi penyelamat.

#2. Kit Ujian Glukosa
Sumber: Shopee

Segelintir ibu mengandung akan mengalami Diabetes Melitus Gestasi (GDM) dan perlu berada di bawah pengawasan jururawat bagi mengawal glukosa dalam darah sehingga tiga hingga empat kali dalam sehari.

Apabila anda memiliki kit ujian ini, lebih mudah untuk mengawal glukosa dalam darah di rumah sahaja.

#3. Kit Untuk Memantau Denyutan Jantung Bayi
Sumber: Shopee

Alat ini membolehkan para ibu memantau kesihatan bayi mereka dengan memeriksa degupan jantung bayi dalam kandungan.

Memang senang sangat bila ada mesin ini. Tapi kena buat dengan cara yang betul mengikut panduan yang disediakan ya.

#4. Susu Kambing Dan Minyak Kelapa Dara
Sumber: Shopee

Antara tips bagi menjaga tahap glukosa dalam darah ketika mengandung adalah dengan meminum susu kambing setiap pagi dan mengambil satu sudu minyak kelapa dara sebelum tidur.

#5. Air Gula
Sumber: X (Twitter)

Arahan doktor untuk wanita hamil meminum air gula dikatakan sebagai ‘mimpi ngeri’ kepada ibu mengandung kerana rasanya yang kurang enak.

Tetapi sekarang ini sudah banyak air gula yang dijual di pasaran dan mempunyai pelbagai perisa seperti oren, epal, tembikai dan lain-lain.

#6. Minyak Terapi Untuk Kurangkan Morning Sickness
Sumber: Shopee/ Freepik

Morning sickness adalah salah satu alahan yang sering dialami oleh wanita hamil. Dengan adanya minyak terapi ini, ia dapat membantu mengurangkan rasa loya yang dialami oleh para ibu.

#7. Flents Ezy-Travel Wristbands
Sumber: X (Twitter)

Kepada anda yang risau untuk berjalan jauh kerana sering mengalami loya akibat morning sickness, alat yang dipakai pada pergelangan tangan ini boleh menjadi penyelamat.

Walau bagaimanapun, tahap keberkesanannya tidak dapat dipastikan. Tapi tak salah kalau anda mahu mencubanya.

#8. Bidet Mudah Alih
Sumber: Carousell

Apabila perut semakin membesar, boleh dikatakan agak sukar untuk membongkok ketika membuang air kecil atau besar. Nak cuci pun boleh semput. Jadi dengan adanya bidet mudah alih, proses tersebut menjadi lebih mudah.

#9. Tali Pinggang Materniti
Sumber: eBay

Tali pinggang ini berfungsi seolah-olah anda memakai carrier bayi. Yang membezakan situasi ini adalah bayi berada di dalam dan bukannya didukung di luar badan.

Selepas pakai tali pinggang ini, para ibu akan berasa kurang lenguh pada bahagian pinggang semasa sarat mengandung lebih-lebih lagi ketika usia kandungan mencecah enam bulan ke atas.

#10. Kipas Kecil
Sumber: Shopee

Sewaktu tempoh hamil, wanita akan berasa panas lebih daripada biasa. Katanya kalau duduk dalam kawasan berpenghawa dingin pula boleh berpeluh. Jadi bolehlah sediakan kipas kecil untuk mengatasi masalah ini.

#11. Tali Pinggang Keledar Untuk Wanita Hamil
Sumber: Shopee

Tali pinggang keledar di dalam kereta tidaklah begitu panjang dan kadangkala boleh membuat ibu mengandung berasa agak semput kerana perlu menahan perut ketika memakainya.

Dengan adanya tali pinggang keledar seperti ini, ia memudahkan para ibu menjaga keselamatan diri dengan lebih selesa ketika berada di dalam kereta.

#12. Extender Seluar
Sumber: Shopee

Keadaan perut yang semakin mengembang ke hadapan boleh menjadi faktor banyak seluar yang tidak boleh dipakai dan tidak boleh dibutang serta dizip.

Jadi dengan adanya extender ini, anda boleh memasangnya pada bahagian seluar yang perlu dibutang atau dizip. Tak perlu beli seluar baru.

#13. Seluar Dalam Materniti
Sumber: Amazon

Walaupun pakaian ini nampak simple, tapi percayalah ia menyumbang kepada keselasaan dalam kehidupan seharian para ibu yang sarat mengandung.


Semoga perkongsian ini dapat membantu wanita hamil di luar sana dan kami mendoakan agar urusan anda untuk bersalin nanti dipermudahkan. Amin.

Baca Artikel Berkaitan: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu

Baca Artikel Berkaitan: Ini 9 Barang Berguna Untuk Beri Kepada Pasangan Yang Baru Dapat Anak

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd