Now Reading
LOCCO Promosi Diplomasi Budaya Dengan Hiasan Motif Batik Sarong Di Hotel lyf Chinatown KL

LOCCO Promosi Diplomasi Budaya Dengan Hiasan Motif Batik Sarong Di Hotel lyf Chinatown KL

Kerjasama ini adalah bukti komitmen LOCCO serta lyf Chinatown Kuala Lumpur untuk meraikan kepelbagaian budaya di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Unit perniagaan penginapan milik CapitaLand Investment Limited (CLI), The Ascott Limited (Ascott) dalam inisiatif baharu mereka untuk mempromosikan diplomasi budaya dan meningkatkan penghargaan terhadap seni tradisional Malaysia.

Inisiatif tersebut melibatkan LOCCO yang merupakan sebuah organisasi yang giat mempromosikan aktiviti kebudayaan melalui acara terbesarnya iaitu Keretapi Sarong sejak tahun 2017 dan kini telah mengorak langkah melalui bekerjasama dengan lyf Chinatown Kuala Lumpur oleh Ascott Malaysia.

Bertemakan “Gabungan Seni Batik Melalui Hiasan Dalaman Hotel,” kerjasama unik ini bertujuan untuk menggabungkan warisan seni batik dengan suasana kontemporari lyf Chinatown Kuala Lumpur bagi mewujudkan pengalaman istimewa kepada para tetamu hotel warga tempatan dan pelancong antarabangsa.

Sumber: The Ascott Limited (Ascott)
Sumber: The Ascott Limited (Ascott)

Turut berkolaborasi dengan artis muda seperti Indra Gaundi dan jenama seperti Jafiqa Couture dan Nyonya Kain, kerjasama ini adalah bukti komitmen LOCCO serta lyf Chinatown Kuala Lumpur untuk meraikan kepelbagaian budaya Malaysia sekaligus mempamerkannya secara tidak langsung di persada antarabangsa.

Timbalan Menteri Pelancongan, Kesenian dan Kebudayaan (MOTAC), Khairul Firdaus Akbar Khan dalam ucapan perasmiannya berkata, “Kerjasama ini adalah gabungan harmoni tradisi dan kemodenan, mewujudkan hiasan budaya berwarna-warni dalam reka bentuk dalaman sebuah hotel yang akan meningkatkan reputasinya.

Sumber: The Ascott Limited (Ascott)

Pengarah LOCCO Shamsul Bahrin Zainuzzaman pula berkata, “Sentuhan batik menerusi hiasan dalaman Hotel Lyf Chinatown KL adalah usaha bersama bagi mempromosikan warisan budaya Malaysia. Projek inovatif ini bukan sahaja memberikan sentuhan istimewa malah turut berperanan sebagai duta budaya untuk Malaysia.

“Selepas kejayaan Keretapi Sarong 2023, kolaborasi dengan lyf Chinatown Kuala Lumpur adalah satu lagi kejayaan untuk seluruh industri Sarong di Malaysia.

“Dengan penyerapan unsur-unsur yang menggabungkan tradisi dan kemodenan ke dalam hiasan dalaman hotel, kami berharap dapat memberi penghargaan terhadap warisan budaya kami di kalangan para tetamu warga asing dan rakyat Malaysia”.

Sumber: The Ascott Limited (Ascott)
Sumber: The Ascott Limited (Ascott)

Mondi Mecja, Pengurus Besar Negara turut berkata “Batik, kanvas yang menenun kisah budaya Malaysia, digabungkan dengan daya tarikan kontemporari Lyf Chinatown Kuala Lumpur. Dalam gabungan ini, kami meraikan perpaduan dalam tradisi kami yang pelbagai—simfoni visual yang menarik pelancong untuk menghargai keindahan Batik, tradisi dan budaya, sekali gus mempromosikan pelancongan Malaysia ke seluruh dunia.”

Memandangkan musim cuti semakin hampir, sambutan ini akan diteruskan sebagai tanda komitmen untuk memupuk semangat muhibbah dan mempamerkan semangat tradisi serta kepelbagaian budaya di Malaysia.

Sumber: The Ascott Limited (Ascott)

Tentang The Ascott Limited

Sejak merintis kediaman perkhidmatan kelas antarabangsa pertama di Asia Pasifik dengan pembukaan The Ascott Singapore pada tahun 1984, Ascott telah berkembang menjadi sebuah syarikat hospitaliti yang dipercayai dengan lebih daripada 940 hartanah di seluruh dunia.

Beribu pejabat di Singapura, kehadiran Ascott merentasi lebih 220 bandar di lebih 40 negara di Asia Pasifik, Asia Tengah, Eropah, Timur Tengah, Afrika dan Amerika Syarikat.

Penawaran penginapan terpelbagai Ascott merangkumi kediaman yang diservis, hartanah coliving, hotel dan pangsapuri kediaman warga emas bebas, serta penginapan pelajar dan rumah sewa.

Jenama hospitalitinya yang memenangi anugerah termasuk Ascott, Citadines, lyf, Oakwood, Quest, Somerset, The Crest Collection, The Unlimited Collection, Preference, Fox, Harris, POP!, Vertu dan Yello; dan ia mempunyai perkongsian jenama dengan Domitys.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd