Now Reading
AirAsia Tawar Diskaun 22% Untuk Penerbangan & Tempat Duduk Sempena Ulang Tahun Ke-22!

AirAsia Tawar Diskaun 22% Untuk Penerbangan & Tempat Duduk Sempena Ulang Tahun Ke-22!

Terbang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Kota Kinabalu ke Guangzhou, Kunming, Shenzhen, Beijing, dan banyak lagi dengan lebih mudah dan berpatutan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila AirAsia buat promosi je, pasti ramai tak senang duduk!

Kali ini, bersempena dengan sambutan ulang tahu AirAsia yang ke-22, syarikat penerbangan itu menawarkan diskaun 22%* untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan bermula hari ini hingga 3 Disember 2023.

Pelanggan boleh menikmati diskaun sebanyak 22% untuk semua tempat duduk dalam semua penerbangan ke destinasi menarik seperti Pulau Pinang, Bali, Krabi, Phu Quoc, Shanghai, Amritsar, New Delhi, Busan, Gold Coast, Trivandrum (bermula 21 Februari 2024) dan destinasi-destinasi popular lain!

Selain itu, nikmati perjalanan tanpa visa ke China dan lawati pelbagai destinasi menarik di negara tersebut. Terbang dari Kuala Lumpur, Johor Bahru, dan Kota Kinabalu ke Guangzhou, Kunming, Shenzhen, Beijing, dan banyak lagi dengan lebih mudah dan berpatutan.

  • Kod Penerbangan: AK, FD, QZ, Z2, XJ dan D7
  • Tempoh Tempahan: Sekarang – 3 Disember 2023
  • Tempoh Perjalanan: 8 Januari – 30 September 2024

Pemegang Kad BigPay

Khas untuk pengguna kad BigPay**, dapatkan tambahan diskaun 5% dengan menggunakan kod promosi: BIGPAY5 (Tempoh Perjalanan: Sekarang – 30 Jun 2024)

Sumber: newsroom.airasia

Bagi pemegang kad VISA*** pula, dapatkan diskaun RM22 dengan perbelanjaan minimum RM300 (Tempoh Tempahan: Sekarang – 10 Disember 2023).

Selain itu, 400 penerbangan pertama yang ditempah pada setiap hari sepanjang tempoh promosi ini akan menerima 500 mata ganjaran airasia****.


*Tertakluk kepada terma dan syarat.

**Promosi untuk pengguna kad BigPay hanya sah untuk penerbangan AirAsia Malaysia dengan kod penerbangan AK.

***Promosi bagi pemegang kad VISA hanya terpakai untuk tempahan di Malaysia, Indonesia, Thailand, dan Filipina. Promosi ini sah untuk 1,122 tempahan pertama pada setiap hari dengan perbelanjaan minimum RM300.

****Promosi 500 mata ganjaran airasia hanya untuk 400 tempahan pertama pada setiap hari dan tidak sah untuk penerbangan AirAsia Thailand dengan kod penerbangan XJ.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd