Now Reading
CHAGEE Perkenal Siri Baharu Osmanthus Long Jing, Teh Paling Mahal Di Dunia!

CHAGEE Perkenal Siri Baharu Osmanthus Long Jing, Teh Paling Mahal Di Dunia!

Siri Osmanthus Long Jing menawarkan tiga (3) variasi termasuk Osmanthus Long Jing Milk Tea yang menawarkan perpaduan sempurna teh Long Jing dengan susu segar New Zealand.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bila dengar sahaja CHAGEE ada menu minuman baharu, automatik excited! 😀

Peminat minuman teh premium CHAGEE di luar sana pasti akan tertarik dengan siri Osmanthus Long Jing yang baru sahaja diperkenalkan iaitu pada 16 Oktober lalu.

Oh! Jangan risau, CHAGEE ini halal, ya.


Long Jing, Apa Tu?

Ha, sebelum korang merasa sendiri air baharu keluaran CHAGEE ini – di sini kami ingin memberitahu bahawa Long Jing ataupun teh ‘Dragon Well’ adalah salah satu jenis teh hijau yang PALING MAHAL dan berkualiti tinggi di dunia.

Berasal dari Xihu Hangzhou, teh hijau Cina ini diproses secara teliti, menghasilkan daun yang datar seperti pedang dengan warna hijau pucat, menjadikannya satu bukti kepada ketepatan pembakaran di dalam pembuatan teh luar biasa ini.

Penggemar teh confirm akan enjoy bila minum.


Siri CHAGEE Osmanthus Long Jing

Oleh disebabkan itu, CHAGEE kali ini memperkenalkan Siri CHAGEE Osmanthus Long Jing di mana seni memanjakan diri bertemu dengan kemewahan.

Sumber: Siti Murni/TRP

Bagi peminum teh tegar atau peminum teh santai, siri baharu ini mempamerkan cawan direka khas yang memaparkan interpretasi kreatif warna hijau unik daun teh Long Jing di tengah-tengah warna kuning yang menggambarkan bunga osmanthus.

Dan, kesemuanya direka untuk mempersonakan dan memberikan momen terbaik buat seseorang sambil menikmati minuman teh premium ini.

Ng Jia Jun selaku Pengurus Am Timbalan CHAGEE Malaysia berkata, “Di CHAGEE, kami percaya dalam inovasi berterusan dan mencipta pengalaman yang melebihi yang biasa. Siri Osmanthus Long Jing yang baharu kami bukan hanya minuman; ia adalah oda kepada kemewahan, dimaksudkan untuk dinikmati dengan penuh kasih dan kemewahan.

“Siri Osmanthus Long Jing adalah tambahan tetap yang menyegarkan kepada rangkaian premium CHAGEE dan akan ditawarkan di 70 cawangan di seluruh Malaysia.

“Daun teh yang dicampur dengan teliti penuh dengan rasa dan aroma akan memenuhi anda dengan rasa teh hijau yang kaya. Dengan siri ini, kami menyajikan teh Long Jing – istimewa dan benar-benar luar biasa, terutamanya bagi peminat teh!” jelasnya.


3 Variasi, Termasuk Osmanthus Long Jing Milk Tea

Siri Osmanthus Long Jing menawarkan tiga (3) variasi termasuk Osmanthus Long Jing Milk Tea yang menawarkan perpaduan sempurna teh Long Jing dengan susu segar New Zealand.

Sumber: Siti Murni/TRP

Bagi peminum teh hijau sejati, Osmanthus Long Jing Pure Tea menawarkan esensi teh hijau murni yang kaya.

Manakala krim Osmanthus Long Jing Macchiato pula memberikan rasa di mana teh Long Jing klasik bertemu twist moden melalui lapisan keju di atasnya.


Diskaun 20% Untuk Cawan Kedua

Bagi memperkenalkan Siri Osmanthus Long Jing ini, pelanggan boleh menikmati diskaun menarik 20% pada cawan kedua anda dari 17 hingga 31 Oktober 2023 dan juga akan menerima kad perfume Osmanthus Long Jing terhad (SECARA PERCUMA) dengan setiap pesanan melalui Program Mini CHAGEE!

Menarik betul, kan?

Design pun sangat menawan hati, terutamanya mereka yang sukakan warna hijau!

Jom beli CHAGEE Siri Osmanthus Long Jing? 🙂


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbmFacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd