Now Reading
CHAGEE Malaysia Terima Sijil Halal, Tawar Kempen Beli & Menang. Boleh Menang Dior, YSL Serta Banyak Lagi!

CHAGEE Malaysia Terima Sijil Halal, Tawar Kempen Beli & Menang. Boleh Menang Dior, YSL Serta Banyak Lagi!

Untuk rekod, CHAGEE telah menjual lebih daripada 10,000,000 cawan di Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (25 September 2023), jenama minuman teh premium CHAGEE Malaysia merayakan capaian baharu dengan mengumumkan telah menerima pensijilan Halal daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk lima outlet mereka.

Manakala 30 outlet lain masih berada dalam perancangan untuk menerima pensijilan Halal menjelang akhir tahun ini.

CHAGEE Malaysia bertujuan untuk membuka outlet ke-300 pada tahun 2025 sambil terus berusaha untuk memastikan semua outlet akan memiliki sijil halal.

Dengan pensijilan Halal ini, peminat teh boleh terus menikmati minuman CHAGEE kegemaran mereka dengan rasa kepercayaan yang baru, terutamanya dalam kalangan komuniti Muslim yang merupakan populasi terbesar di Malaysia. Sama ada anda sedang menikmati campuran teh susu segar klasik kami atau mengeksplorasi ciptaan teh buah inovatif kami, anda boleh yakin bahawa setiap cawan teh CHAGEE memenuhi piawaian integriti Halal tertinggi serta piawaian keselamatan makanan dan operasi.

Ng Jia Jun, Timbalan Pengurus Am CHAGEE Malaysia.

Wakil Dari JAKIM Hadir

Semasa acara media yang berlangsung di CHAGEE, Sunway Pyramid, Petaling Jaya sebentar tadi, Mohd Shahril Bin Abd Samat selaku Penolong Pengarah Kanan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) menghadiri majlis penyampaian sijil Halal kepada CHAGEE Malaysia yang turut diwakili oleh Ng.

Pelancaran ini telah menandakan komitmen CHAGEE untuk mematuhi piawaian Halal dan memastikan bahawa rangkaian teh eksklusif mereka memenuhi keperluan diet pelanggan Muslim.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Mengulas lanjut, CHAGEE telah menetapkan sasaran untuk menambah bilangan outlet mereka dari 70 pada ketika ini kepada jumlah keseluruhan 300 outlet di seluruh Malaysia menjelang akhir tahun 2025.

Malah, sehingga kini CHAGEE telah menjual lebih daripada 10,000,000 cawan di Malaysia dan yakin untuk terus meningkatkan trend ini melalui rancangan pengembangannya bagi mencapai lebih banyak pelanggan.


CHAGEE: Trendsetter.

CHAGEE adalah ‘trendsetter’ dan telah menjadi salah satu rangkaian teh awal yang memimpin kemunculan generasi baru minuman teh pada tahun 2017. Kehadiran CHAGEE secara meluas wujud dengan kehadiran kukuh di rantau Asia Pasifik, termasuk Malaysia, Thailand, Singapura, dan negara-negara lain.

Dengan lebih daripada 2,400 outlet di seluruh dunia, CHAGEE terus menyatukan peminat teh di seluruh dunia di mana mereka berkongsi hasrat untuk memberikan pengalaman teh yang luar biasa.

Kami berjanji untuk menyampaikan tidak hanya cita rasa luar biasa, tetapi juga ketenangan hati kepada semua teman-teman penggemar teh yang memilih untuk menjadikan CHAGEE sebagai sebahagian daripada gaya hidup harian mereka. Itulah sebabnya sijil Halal ini memberi kami dorongan bukan sahaja untuk memperluaskan kehadiran kami di Malaysia tetapi juga untuk berterusan memperkenalkan inovasi dalam tawaran untuk memenuhi keperluan komuniti yang pelbagai di sini.

Ng Jia Jun, Timbalan Pengurus Am CHAGEE Malaysia.

“Big Big News, Big Big Tear & Win!”

Bagi meraikan kejayaan besar ini, CHAGEE Malaysia akan memulakan semula kempen popular mereka iaitu “Big Big News, Big Big Tear & Win!” pada 7 Oktober 2023, dengan menawarkan hadiah terbesar hingga kini.

Pelanggan hanya perlu membeli mana-mana White Peach Oolong Milk Tea besar, Jasmine Green Milk Tea atau Da Hong Pao Milk Tea (700 ml), yang akan diubahkan secara automatik kepada Big Big Cup. Pelanggan kemudian boleh mengoyak bahagian bawah cawan tersebut untuk mendedahkan hadiah istimewa yang diterima.
(Sumber: Siti Murni/TRP)

Hadiah menarik berkenaan adalah termasuk Dior Saddle Pouch Bag, Gucci Cardholder, YSL Lipsticks, L’Occitane Lotion, dUCK Shopping Bag, CHAGEE Milk Tea percuma dan banyak lagi.

Untuk maklumat lanjut, boleh KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd