Now Reading
Pameran Seni & Terapi ‘The Art of Healing’ Pada 14 & 15 Oktober Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental

Pameran Seni & Terapi ‘The Art of Healing’ Pada 14 & 15 Oktober Sempena Bulan Kesedaran Kesihatan Mental

Aktiviti ini merupakan sebahagian daripada program latihan terapi seni dalam komuniti tempatan di bawah Yayasan TM iaitu Social Healing Impact Peer Support (SHIPS).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bagi menyambut Bulan Kesedaran Kesihatan Mental pada Oktober 2023, kumpulan komuniti sosial yang dikenali sebagai myWIPHealing akan mengadakan pameran seni dan terapi kesihatan mental yang dipanggil; “The Art of Healing”.

Tema “Appreciating the Beauty of Diversity with Everyone” ini merupakan sebahagian daripada program latihan terapi seni dalam komuniti tempatan di bawah Yayasan TM iaitu Social Healing Impact Peer Support (SHIPS).

Pameran ini juga merupakan anjuran kali kedua selepas kali pertama diadakan pada Oktober 2022 di Muzium Telekom.

Tujuan utama pameran ini adalah untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan seni sebagai alat terapi dalam menguruskan kesihatan mental dan emosi. Kami akan pamerkan hasil seni daripada komuniti yang telah mengambil bahagian dalam aktiviti bulanan kami yang dikendalikan oleh ArtbyCikguHuda.

myWIPhealing.

Aktiviti Menarik Di Pameran “Art Of Healing”

Semasa pameran ini berlangsung, pelbagai aktiviti menarik akan diadakan. Antaranya; seni digital yang dikendalikan oleh DAG (Digital Art Gallery) Filamen. Mereka akan memaparkan seni digital interaktif yang membenarkan pengunjung merasai pengalaman seni terapi dan juga boleh jadi tempat untuk OOTD (Outfit of the Day).

Selain itu, persembahan seni yang akan menyuarakan perjalanan pemulihan pesakit kesihatan mental melalui tarian, muzik, dan teater juga akan diadakan.

Bukan itu sahaja, bengkel kraf tangan juga bakal disediakan bagi memberi peluang buat para pengunjung untuk bereksperimen dengan membuat kraftangan mereka sendiri menggunakan peralatan yang disediakan.

Aktiviti ini tidak hanya boleh meransang kesihatan mental, tetapi juga membantu dalam mencipta kehidupan lebih bermakna. Selain itu, ia juga membina hubungan rapat antara usahawan kecil dan komuniti pertubuhan dengan mempromosikan hasil kraftangan mereka.


Acara Utama: Sesi Perbualan

Sesi perbualan adalah salah satu acara utama pameran ini. Sesi ini akan berkongsi kisah perjalanan pemulihan pesakit kesihatan mental dan bagaimana mereka menghadapi stigma yang berkaitan dengan kesihatan mental.

Kami juga akan mengadakan sesi perbincangan eksklusif bersama NGO dan pakar-pakar perunding tentang dasar kesihatan mental dan akses kepada perkhidmatan di Malaysia.

myWIPhealing.

Akhir sekali, pihak mereka akan meninjau filem-filem pendek yang telah dicipta oleh komuniti tentang pengalaman orang ramai tentang kesihatan mental dan usaha pemulihan, melalui kerjasama dengan My Mind on Film My (Youth Mental Health Short Film Festival).

Kalau korang nak tengok kembali pameran-pameran sebelum ini, boleh KLIK SINI.

Appreciating Beauty of Diversity with Everyone (ABODE):

  • Lokasi: Muzium Telekom, Kuala Lumpur.
  • Tarikh: 14 & 15 Oktober 2023.

Untuk rekod, Hari Kesihatan Mental Sedunia disambut pada 10 Oktober setiap tahun di mana ia merupakan hari antarabangsa dikhususkan untuk pendidikan kesihatan mental global dan juga kesedaran serta advokasi terhadap stigma sosial berkaitan.

Baca Artikel Berkaitan: #YouMatter Di Suria KLCC Cipta ‘Safe Space’ Sempena Kempen Kesedaran Mental


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd