Now Reading
#YouMatter Di Suria KLCC Cipta ‘Safe Space’ Sempena Kempen Kesedaran Mental

#YouMatter Di Suria KLCC Cipta ‘Safe Space’ Sempena Kempen Kesedaran Mental

Ruang selamat #YouMatter di Suria KLCC diperkenalkan untuk komuniti berbincang mengenai kesihatan mental.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Isu kesihatan mental tidak lagi asing di kalangan masyarakat dan wajar diberikan perhatian sepenuhnya. Topik kesihatan mental telah menjadi satu isu umum yang melanda rakyat Malaysia sebelum kewujudan Covid-19.

Malah, topik berkenaan kini semakin berleluasa semakin kita menginjak ke fasa endemik. Tanggapan masyarakat dan stigma negatif adalah cabaran utama bagi mendepani isu kesihatan mental di Malaysia.

Selaras dengan Bulan Kesihatan Mental Sedunia yang berlangsung sepanjang bulan Oktober, Suria KLCC dengan kerjasama The Body Shop menjemput masyarakat untuk bersama-sama menjadi tunjang perubahan stigmatasi isu kesihatan mental sepanjang tempoh kempen yang akan berlangsung selama sebulan.

Kempen yang memperkenalkan tagline #YouMatter bermula dari 10 Oktober sehingga 10 November 2022 ini.

Berikutan dengan kejayaan kempen kesedaran kesihatan mental tahun lalu, Suria KLCC sekali  lagi berganding bahu bersama Green Ribbon Group, pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang memperkasa pendekatan kesihatan mental terhadap komuniti.

Persatuan Kesedaran & Sokongan Kesihatan Mental (MIASA) turut memberi sokongan dalam menjayakan kempen ini.  

Kempen #YouMatter mengetengahkan kehalusan karya seni oleh artis belia yang mempunyai pengalaman penyakit mental dipaparkan di pintu masuk Park Mall dari 3 Oktober sehingga 10 November 2022.

Galeri Seni Negara melalui “Young Art Entrepreneurs” program menekankan  bahawa karya seni yang dipaparkan merupakan simbol perjuangan peribadi yang dihadapi oleh artis- artis belia yang terlibat dengan isu kesihatan mental.


“Safe Space” @ Suria KLCC.

Dilihat sebagai satu-satunya Pusat Beli-Belah di Malaysia yang mendukung kempen kesedaran  kesihatan mental, pelancaran “Safe Space @ Suria KLCC” ini adalah untuk membantu mewujudkan suasana selamat dan harmoni bagi kegunaan komuniti.

Ruang “Safe Space @ Suria  KLCC” ini direka khas untuk masyarakat bersepakat dalam membincangkan isu atau permasalahan kesihatan mental.

“Safe Space @ Suria KLCC” menerima sambutan pengunjung pada tahun lalu. Sejajar dengan nilai sifar diskriminasi yang dititik beratkan dalam penilaian isu kesihatan mental, kempen kesedaran bagi tahun ini dilihat lebih mendalam dan menyeluruh.

#YouMatter adalah titik panduan untuk komuniti memberi sinar akan permasalahan kesihatan mental yang lebih sinonim di kalangan belia pada hari ini.

Bertempat di aras satu Ampang Mall, Safe Space @ Suria KLCC mengalu-alukan kehadiran pengunjung sepanjang tempoh kempen ini berlangsung. Safe Space @ Suria KLCC yang akan dibuka setiap hari bermula dari jam 10 pagi sehingga 10 malam.

Pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel kesihatan, ceramah dan diskusi dari panel profesional kesihatan mental juga akan diadakan. Para pengunjung juga boleh mendapatkan maklumat lanjut berkaitan isu kesihatan mental daripada sukarelawan yang juga akan ditempatkan di Safe Space @ Suria KLCC.

Dua tahun lalu merupakan tahun yang amat mencabar dan menguji ketabahan untuk semua. Susulan dari tempoh pandemik, saat ini sememangnya dilihat sebagai masa yang tepat untuk berhubung dan fokus dengan fasa pemulihan. Pendekatan kesihatan mental adalah usaha  tanggungjawab sosial korporat yang dilihat sebagai usaha jangka masa panjang yang bersifat terbuka untuk perbincangan lanjut oleh Kumpulan Suria KLCC. Kepelbagaian aktiviti dan intipati yang terdapat di Safe Space @ Suria KLCC merupakan hasil usaha sama pakar dan professional  kesihatan mental.

Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd.

Andrew dalam masa yang sama menjelaskan bahawa Safe Space @ Suria KLCC adalah ruang yang mengalu-alukan komuniti untuk berinteraksi,  berkongsi dan menghayati kesedaran kesihatan mental.

“Kami ingin memastikan setiap pengunjung yang berkunjung ke laman Safe Space @ Suria KLCC akan pulang dengan informasi  lebih mendalam tentang keadaan diri mereka dan juga perasaan lebih tenang di mana sedikit sebanyak dapat membantu memberi cetusan keyakinan kedalam diri mereka,” jelas Andrew lagi.


YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al Sultan Abdullah Menyokong Usaha ‘Safe Space’

Turut mengulas dengan penuh iltizam, YAM Tengku Puteri Raja Tengku Puteri Iman Afzan Al Sultan Abdullah berkata, “Usaha seperti Safe Space perlu berterusan bukan sahaja untuk mengetengahkan sokongan kepada mereka yang mengalami kesihatan mental.

“Tetapi untuk memastikan kesedaran akan komitmen kami yang ingin terus berkhidmat dalam pendekatan kesihatan mental ini. Fokus kesihatan mental terhadap golongan belia pada tahun ini dilihat sejajar dengan haluan Green Ribbon Group.

“Kami amat berbangga dengan kesempatan untuk  menggerakkan pelbagai program yang fokus dengan tahap pemahaman kesihatan mental yang tinggi, cara pengurusan diri dan program sokongan rakan sebaya untuk remaja di peringkat sekolah menengah dan belia di peringkat universiti.

“MIASA adalah medium pertama semasa saya mengorak langkah advokasi dalam isu kesihatan  mental. Kami amat berbesar hati untuk sekali lagi berkolaborasi bersama Suria KLCC dan juga The Body Shop yang telah berusaha membangunkan Safe Space.

“Kesihatan mental tidak  mengenal sempadan. Dengan kerjasama, kita boleh mencapai muafakat,” tambah beliau.

Pengasas dan Presiden MIASA, Anita Abu Bakar dalam masa yang sama turut berkata, “Menitikberatkan keadaan masyarakat sekeliling adalah tanggungjawab bersama dan bukan perlu digalas oleh sektor kesihatan sahaja.

“Adalah wajar untuk kita mengambil kira kesihatan mental masyarakat sekililing dan lebih mengentengahkan sokongan berbentuk persefahaman komuniti, agar ini sedikit sebanyak dapat meringkan beban pekerja kesihatan dan menjadi tanggungjawab bersama sebagai satu kelompok yang harmoni.

“Melalui usaha seperti ini, kami berharap agar respon dari serata komuniti seiring dengan tahap cabaran isu kesihatan mental itu sendiri,” katanya.


Suria KLCC juga telah bersetuju untuk memberi sokongan kepada Badan Bukan Kerajaan dalam mendorong kesedaran kesihatan mental melalui bantuan kewangan melalui penjualan Suria Ribbon Pin semasa kempen perayaan.

Kutipan berjumlah lebih RM20,000 telah berjaya dikutip dan disumbangkan kepada badan badan bukan kerajaan yang membawa mesej kesihatan mental seperti Befrienders KL dan juga Persatuan Kesihatan Mental Malaysia.

Ini adalah inisiatif  berterusan dan Suria Ribbon Pin boleh dibeli melalui kaunter pertanyaan dengan jumlah RM10.


Jika anda atau sesiapa sahaja yang dikenali mempunyai masalah menguruskan kesihatan mental, di sini kami menyediakan beberapa sumber yang boleh membantu masalah tersebut:

MALAYSIAN MENTAL HEALTH ASSOCIATION (MMHA) @+6 03 2780 6803 | E-mail: admin@mmha.org.my | Website: https://mmha.org.my/

BEFRIENDERS @ KL: +6 03 7956 8145 (24 hours), Ipoh: +6 05 547 7933 (4pm to 11pm), Penang: +6 04 281 5161 (3pm to midnight) | E-Mail: sam@befrienders.org.my | Website: https://www.befrienders.org.my/

ALL WOMEN’S ACTION SOCIETY (AWAM) @ Telenita helpline:  +6 03 7877 0224 | E-Mail: awam@awam.org.my | Website: https://www.awam.org.my


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd