“Have You Been To Tiffin Lately?” – Tiffin At The Yard Perkenal Breakfast, Sudut Permainan, BBQ & Senarai Vendor Menarik!
Antara vendor terbaharu di Tiffin At The Yard adalah Pulp, Breakfast Room, Alta Burger, The Chicken Club KL, Maharaja Toko Makan dan Auntie Tok’s.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terletak di Sentul Depot yang ikonik, Tiffin At The Yard kini tampil dengan beberapa line-up yang lebih besar dan ‘bold’.
Lokasi Tiffin At The Yard yang mempunyai sejarah sejak tahun 1905 ini bertujuan memberikan tempat yang kukuh kepada jenama tempatan yang berdiri sendiri dan berbakat untuk lebih berkembang di tengah bandar Kuala Lumpur.

Menolak batasan dalam kreativiti adalah sebahagian besar dari DNA Tiffin sendiri dan apa yang mendorong Tiffin At The Yard untuk lebih ke hadapan adalah untuk menyatukan komuniti.
Tiffin At The Yard Muncul Dengan Breakfast, Games Corner, Waktu Operasi Dipanjangkan, BBQ & Pelbagai Lagi!
Lepas ini korang bukan sahaja boleh ke Tiffin At The Yard untuk menikmati makanan dan berjumpa dengan rakan-rakan, korang juga boleh datang awal pagi untuk menikmati kopi dan hidangan menu breakfast.
#GengBangunPagi!

(Sumber: Siti Murni/TRP)
Tiffin At The Yard ingin memberikan pengalaman lebih ‘bold’ untuk korang semua dengan membawakan kelainan terbaharu buat semua, iaitu:
- Sarapan hujung minggu.
- Waktu operasi dipanjangkan.
- Sudut majalah & permainan.
- BBQ.
- Kerjasama dengan vendor-vendor menarik untuk pop-up.
- Makanan baharu yang unik.
- Koktail.
- Malam tema, dan banyak lagi.
Wah, menarik kan?


Dengan bangga menyajikan makanan dan minuman tempatan, Tiffin At The Yard terus membawa bersama senarai makanan progresif merangkumi pelbagai masakan, negara dan benua dari beberapa nama paling menarik di Lembah Klang, di bawah satu bumbung.
Tiffin At The Yard.
“Have You Been To Tiffin Lately?”


Korang nak tahu antara senarai pop-up baharu di Tiffin At The Yard?
- Breakfast Room x Pulp.
- Alta Burger (Alta Cafe).
- The Chicken Club.
- Toko Makan Maharaja.
- Auntie Tok’s.
Seperti biasa, bukan sahaja makanan dan minuman yang ada dalam menu – sebagai ruang serbaguna, pelanggan juga boleh menikmati program dan malam bertema yang menarik. Luangkan masa berkualiti bersama keluarga dan rakan-rakan dengan Oatside Magazines & Games Stand!
Tiffin At The Yard.

Untuk info, Sentul Depot iaitu lokasi yang menempatkan Tiffin at The Yard, berdiri sebagai destinasi budaya dan gaya hidup untuk pengalaman yang dipilih dengan teliti, pelancaran, dan festival.
Acara-acara terdahulu termasuk Sunny Days Festival, Marriott Bonvoy Wedding Festival, Mini Cooper MINIfest 2023, Watson Get Active Carnival 2023, Guinness Flavour by Fire Festival, Mabecs Student Festival 2023 dan banyak lagi!
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.