Now Reading
Shopee Bakal Edar 15,000 Buku Percuma Berjudul ‘Shopee Rai Lokal’ Sempena Hari Malaysia

Shopee Bakal Edar 15,000 Buku Percuma Berjudul ‘Shopee Rai Lokal’ Sempena Hari Malaysia

Shopee menyasarkan untuk mengedarkan 15,000 salinan buku ini secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX menjelang sambutan Hari Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Buku berjudul ‘Shopee Rai Lokal – Terokai Kejayaan Anak Tempatan’ menyeru rakyat Malaysia membeli dari penjual e-dagang tempatan bagi memelihara warisan negara, memupuk bakat tempatan serta memacu ekonomi secara mampan.

Buku ini adalah yang pertama seumpamanya diterbitkan di Malaysia dan orang awam boleh membacanya pada Hari Merdeka nanti. Shopee berazam memperkasakan rakyat bagi mengutamakan dan membeli produk buatan tempatan dari komuniti yang memerlukan.

Bagi meneruskan misinya membantu golongan memerlukan dengan teknologi, Shopee memperkasakan penjual tempatan dengan mengetengahkan perniagaan untuk akses lebih baik kepada penyelesaian pemasaran dan kempen hiperlokal.


Buku ‘Shopee Rai Lokal’ Boleh Dimuat Turun Menerusi Shopee

Buku sebanyak 100 muka surat dan berwarna penuh ini boleh dimuat turun dari laman web Shopee dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris.

Buku berkenaan adalah bahagian pertama kandungan siri episod yang memberi peluang kepada penjual tempatan untuk bersuara bagi berdepan halangan dalam talian.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.

Ia mengetengahkan penjual Shopee di setiap negeri dengan prestasi cemerlang dari segi populariti, kedai terbesar, produk hijau, pengeksport, strim langsung, dan juga perniagaan milik wanita.

Selain itu, buku ini juga mengandungi kisah dan testimonial penjual yang menggunakan kejayaan mereka untuk membantu komuniti setempat.


Awareness

Shopee menggunakan kempen Shopee Rai Lokal dan kisah penjual bagi meningkatkan kesedaran berhubung cara membeli dari penjual kecil-kecilan dan bebas di kawasan kejiranan untuk memelihara industri tempatan, mengurangkan jejak karbon, meningkatkan tawaran berkepribadian serta memberi galakan kepada usahawan dan pelopor tempatan.

Buku ini juga sebagai panduan kepada pengguna untuk melindungi diri kerana menyelitkan ‘tips’ membeli-belah secara selamat, penerangan tentang Shopee Guarantee, mengenalpasti penjual bertanggungjawab dan Polisi Keaslian 100%. 

Perniagaan diusahakan rakyat Malaysia berhampiran anda adalah nadi ekonomi tempatan dan tulang belakang komuniti kita. Apabila anda membeli dari kedai tempatan dalam talian, anda menyokong produk buatan Malaysia dari komuniti yang memerlukan. Kami gembira terhadap sokongan kuat diberikan kepada penjual tempatan menerusi perniagaan dalam talian mereka. Kami berkomited untuk terus bekerjasama dan menyokong perjalanan e-dagang mereka.

Kenneth Soh, Ketua Pemasaran Shopee Malaysia.

Shopee menyasarkan untuk mengedarkan 15,000 salinan buku ini secara percuma kepada pengguna di setiap negeri menggunakan perkhidmatan SPX menjelang sambutan Hari Malaysia.

Buku ini juga boleh dimuat turun sekarang di LINK INI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd