Now Reading
Honda City Baharu Dilancarkan, Harga Bermula RM84,900

Honda City Baharu Dilancarkan, Harga Bermula RM84,900

Sama seperti kesemua model Honda, Model City baharu ini dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan canggih Honda SENSING iaitu ciri standard bagi semua varian.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (10 Ogos 2023), Honda Malaysia telah melancarkan Model City dengan lima varian termasuk varian RS yang baharu iaitu versi petrol. Model Honda yang paling diminati menerima rekaan yang diperbaharui dengan ciri-ciri luaran lebih bold dan ciri-ciri canggih yang menawarkan kemudahan dan praktikaliti buat pelanggan.

Menurut Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia iaitu Hironobu Yoshimura, “Populariti City tidak dapat disangkal. Sejak diperkenalkan pada tahun 2002, kini terdapat lebih daripada 423,000 unit City di Malaysia.”

Beliau turut menjelaskan bahawa City Generasi Ke-5 yang diperkenalkan pada tahun 2020 lebih meningkatkan segmen B kerana Malaysia adalah negara pertama di dunia yang melancarkan varian e:HEV RS.

Sumber: TRP

“Untuk terus menawarkan nilai dan ciri kepada pelanggan kami, Model City yang baru akan ada dalam dua varian RS, iaitu e:HEV RS dan Petrol RS, di mana pelanggan akan mempunyai lebih banyak pilihan berdasarkan keperluan dan permintaan mereka,” jelasnya lagi.


The New Honda City: Rekaan RS Unik Untuk Model Baharu.

Rekaan RS unik dalam Model City terbaharu menampilkan Rekaan Grid Depan Honeycomb, Rekaan Grid Bawah Depan baru, Penghias Belakang baru, Skirting Sisi baru, dan emblem “RS” yang direka semula.

Sumber: TRP

Ciri-ciri luaran lain untuk Model City ini adalah termasuk Bumper Depan baru, Bumper Belakang baru, dan Rim Aloi Dual-Tone 16-inci baru.

Varian Petrol RS dan e:HEV RS dari Model City kini lebih panjang dengan rekaan bumper yang diperbaharui dengan panjang 4,589mm manakala varian S, E, dan V adalah 4,580 mm.


City RS e:HEV Tawar Output Maksimum 109PS & Tork 253Nm.

Sumber: TRP

Varian RS yang teratas dilengkapi dengan enjin kuasa 1.5L e:HEV menghasilkan output maksimum 109PS dan tork 253Nm.

Sementara itu, enjin 1.5 DOHC i-VTEC dalam Model City ini dapat memberikan kuasa maksimum 121PS dan tork maksimum 145Nm.

Varian e:HEV RS dilengkapi dengan Paddle Deceleration Selector membolehkan pemandu menggunakan paddle untuk regenerasi kuasa dan bagi melambatkan kenderaan tanpa perlu menekan pedal brek.


Ciri Honda SENSING.

Seperti semua model Honda di pasaran, Model City baharu ini dilengkapi dengan rangkaian ciri keselamatan canggih Honda SENSING iaitu ciri standard bagi semua varian yang terdiri daripada fungsi keselamatan di bawah:

  1. Low Speed Follow (LSF) – Tersedia untuk varian e:HEV RS sahaja. 
  2. Lead Car Departure Notification (LCDN) 
  3. Adaptive Cruise Control (ACC)
  4. Forward Collision Warning (FCW)
  5. Collision Mitigation Braking System (CMBS)
  6. Lane Keep Assist System (LKAS)
  7. Road Departure Mitigation (RDM)
  8. Lane Departure Warning (LDW)
  9. Auto High Beam (AHB)

Ciri keselamatan lain dalam Model City ini termasuk:

  • 6 beg udara.
  • Walk Away Auto-Lock.
Sumber: TRP

Varian Petrol RS dan e:HEV RS Model City menerima penyambungan telefon pintar melalui Honda CONNECT sebagai ciri canggih standard.

Dalam usaha menawarkan lebih banyak nilai, pelanggan kini mempunyai pilihan untuk melengkapi Model City baru ini dengan Honda CONNECT bagi varian bukan RS.

Honda Malaysia kini menawarkan harga istimewa RM1,500.00 sehingga Januari 2024 untuk pemasangan pilihan Honda CONNECT. (Tertakluk kepada terma dan syarat).


Harga OTR The New Honda City.

Untuk maklumat lanjut mengenai Model City yang baru, anda boleh melawat mana-mana pengedar Honda yang diiktiraf di seluruh negara atau menghubungi nombor Percuma Honda Malaysia di 1-800-88-2020.

Klik sini untuk check-out sendiri The New Honda City: www.honda.com.my.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd