Now Reading
MINI Malaysia Anjur MINIfest 2023 Dengan Muzik, Karya Seni, Hiburan & Juadah Menarik Buat Rakyat Msia

MINI Malaysia Anjur MINIfest 2023 Dengan Muzik, Karya Seni, Hiburan & Juadah Menarik Buat Rakyat Msia

MINI Malaysia mempelawa para peminat MINI (MINIacs) untuk menghidupkan semangat diversiti – melalui himpunan muzik tempatan, karya seni, hiburan dan juadah yang enak, menambah seri dan warna pada komuniti ini.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


MINI, jenama automotif premium kompak tercanggih di Malaysia bakal menganjurkan sebuah festival bertema MINI dengan menyajikan pelbagai aktiviti dan hiburan, di samping memperagakan barisan kenderaan MINI yang bersejarah, yang membolehkan warga MINIacs mengukir kenangan baharu berlandaskan cinta mereka ke atas jenama ini.

Para pengunjung dapat merasai sebuah pengalaman diisi dengan semangat ‘Big Love’ dan ‘Big Fun’, dengan kepulangan MINIfest yang membariskan aktiviti-aktiviti seperti pameran kenderaan MINI, sesi pandu uji eksklusif, sesi melukis secara ‘live’, serta aneka program hiburan dan bengkel untuk warga MINIacs.

Alami keserian suasana festival ini, di mana anda dapat mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti yang mengujakan, antaranya MINI Slingshot, di mana para pengunjung akan dapat menyaksikan MINIfest dari satu sudut lebih memukau, serta aneka permainan karnival kegemaran ramai untuk menyalakan semangat ‘Big Love’ dan memeriahkan lagi festival.

Bukan itu sahaja, acara ini turut disokong oleh rakan-rakan jenama MINI dari pelbagai latar belakang, termasuk vendor-vendor bergerak, menawarkan aneka produk menarik untuk dibeli oleh warga MINIacs.

Daftarkan kehadiran anda ke acara ini dan berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik bersama rakan-rakan kongsi terpilih menerusi pelbagai sesi cabutan bertuah yang dijadualkan sepanjang hari.


Hiburan Buat Si Cilik

Menerusi kerjasama dengan Modle.play, MINI Malaysia telah merangka sebuah pengalaman mempesonakan untuk dinikmati oleh seisi keluarga termasuk anak-anak kecil, di samping dua bengkel khas yang akan dianjurkan pada hari tersebut.

Sumber: Envato

Terdapat juga ruang main kanak-kanak dihiasi dengan aneka permainan diperbuat daripada kayu. Salah satu bengkel tersebut dirumus untuk memperkasa minda golongan muda dengan aktiviti membangunkan jentera MINI berkuasakan bateri.

Manakala bengkel kedua akan mencungkil kreativiti para pengunjung melalui aktiviti reka suai rantai kunci dan barang kemas MINI.

Selain aneka hiburan, warga MINIacs juga dapat menyaksikan sejarah jenama MINI dan evolusinya yang mengagumkan melalui sebuah pameran di MINI Garage.

Sumber: Envato

Pameran ini akan membawa pengunjung menyusuri legasi kenderaan MINI serta transformasinya yang bertunjangkan inovasi dari detik ia diasaskan, dipersembahkan melalui peragaan jentera:

  • MINI Classic.
  • MINI 3-Door R53.
  • MINI 3-Door R56.
  • MINI Coupe R58.
  • MINI Countryman R60.
  • MINI Paceman JCW R61. 

Bukan itu sahaja, 12 vendor popular di Tiffin at the Yard akan menyajikan aneka juadah istimewa bertema MINI bagi memuaskan selera warga MINIacs di festival nanti.

Sumber: Envato

Test Drive

Program Pandu Uji juga akan diadakan sepanjang hari tersebut, dari jam 11 pagi hingga 7 malam bagi memberikan warga MINIacs peluang untuk merasai sendiri kehebatan jentera MINI Countryman dan MINI Electric.

  • Tarikh: Sabtu, 22 Julai 2023
  • Waktu: 11:00 pagi – 9:00 malam
  • Lokasi: Tiffin at the Yard @ Sentul Depot, Sentul West, Jalan Stracha, 51100, Kuala Lumpur.

Nota: Hadiah eksklusif akan diagihkan kepada 200 pengunjung terawal yang telah pra-daftar sahaja. Manakala 300 pengunjung pra-daftar seterusnya akan dihadiahkan baucar F&B serba unik.

Untuk maklumat lanjut mengenai MINIfest 2023 atau membuat pra-pendaftaran bagi memudahkan akses anda, boleh terus KLIK SINI.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd