Now Reading
Cari Kerja Ibarat Cari Pasangan Hidup, Jangan Main Sebat Je Dik!

Cari Kerja Ibarat Cari Pasangan Hidup, Jangan Main Sebat Je Dik!

Jika anda seorang yang mempunyai perasaan ‘ingin tahu’, anda disarankan untuk menggunakan soalan-soalan di penghujung sesi temu duga ketika sesi Q&A.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Apabila seseorang itu merasakan dia sudah terlalu lama berkhidmat di sesebuah syarikat, pastinya anda akan mulai berfikir “What’s next?”.

Terutamanya jika anda merasakan sudah mempelajari semua benda dalam tugas dan mungkin sudah masanya untuk menukar angin. Ini kerana sesuatu pekerjaan itu seharusnya buat kita excited, motivated, dan memberikan peluang untuk belajar benda baharu.

Tapi kalau rasa dah tak ada perkembangan dalam tugas sekarang, bolehlah memulakan perjalanan ‘job hunting’ untuk mencari cabaran baru pula.

Dan, gaji pun salah satu perkara penting juga untuk dititikberatkan!


Pilih Kerja Jangan Main Ambil Je, Fikir Dulu Sedalamnya!

Baru-baru ini, seorang pengguna Twitter menerusi satu ciapan di akaun (@anssxh) telah memberikan sedikit nasihat yang padu buat golongan muda di luar sana untuk tidak menerima sesuatu pekerjaan tanpa berfikir sedalamnya.

Menurut pengguna Twitter tersebut yang dikenali sebagai Anis, memilih kerja adalah sama seperti memilih pasangan hidup. Kena tahu dari A-Z. Buat ‘background check’, ajukan soalan-soalan penting yang tidak diberitahu sebelum anda menerima tawaran kerja, dan sebagainya.

Bila anda sudah berpuas hati dengan jawapan yang diberikan, barulah boleh membuat keputusan dengan bijak sama ada anda ingin menerima tawaran kerja tersebut, ataupun sebaliknya.

Jangan terlalu ‘husnudzon’, katanya!


Soalan Penting Yang Boleh Diajukan Ketika Sesi Interview. Take Note!

Anis menerusi ciapan sama turut memberikan beberapa soalan yang boleh anda ajukan kepada pihak syarikat berkenaan ketika sesi temuduga berjalan. Yang penting, beranikan diri dan pastikan anda tampak konfiden ketika bertanya.

Jangan takut-takut!

Antara soalan-soalannya adalah seperti berikut:

1. “Boleh beritahu saya tentang hari kerja biasa untuk jawatan ini?”

Maksudnya pukul berapa kena datang kerja, rehat pukul berapa, dan apa aktiviti yang perlu buat. Dari situ boleh agak workflow syarikat ni macam mana. Sebagai contoh; masuk kerja pukul 8 pagi, rehat pukul 10 pagi, lepas itu kena buat apa-apa kerja tertentu ke?

2. “Apa pendapat anda tentang budaya syarikat ini?”

Contohnya, macam mana suasana dalam syarikat ni, suka atau tidak dengan budaya yang diamalkan. Elakkan tersilap faham, anda tak perlu periksa di Glassdoor atau ulasan Google untuk memastikan budaya syarikat yang diceritakan betul-betul sesuai dengan kenyataan. Betul tak?

3. “Apakah cabaran terbesar ketika memegang jawatan ini?”

Soalan ini bukan untuk mencari kelemahan, tetapi untuk memastikan anda boleh bersedia mental dan fizikal untuk memegang jawatan tersebut. Bila dah tahu cabaran yang bakal dihadapi, anda boleh prepare diri dengan lebih baik dan tiada masalah masa kerja nanti.

Selain itu, anda juga boleh bertanyakan bagaimana management di syarikat tersebut menetapkan KPI, matlamat, arah tuju, dan memberikan tugasan kepada setiap pekerja, dan sebagainya.

Pendek kata, anda berhak untuk bertanyakan apa jua soalan yang relevan sehingga anda merasa puas hati dengan jawapan yang diberikan. 😉

BACA JUGA: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta

BACA JUGA: Lelaki Ini Kongsi Contoh Soalan Yang Boleh Diajukan Kepada HR Ketika Interview

PRO TIP: Jangan lupa untuk eye-contact!


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd