Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Contoh Soalan Yang Boleh Diajukan Kepada HR Ketika Interview

Lelaki Ini Kongsi Contoh Soalan Yang Boleh Diajukan Kepada HR Ketika Interview

Dah habis jawab soalan, giliran kita pula bertanyakan soalan kepada HR. 🙂

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Perkara pertama yang dilakukan oleh para graduan selepas tamat belajar pastinya adalah mencari pekerjaan/job hunting.

Zaman sekarang ini semuanya di hujung jari sahaja.

Pelbagai platform di atas talian disediakan bagi membuka peluang pekerjaan buat orang ramai seperti di LinkedIn, Maukerja, JobStreet dan sebagainya.

BACA JUGA: Pengguna Twitter Kongsi Ciri-ciri Resume Untuk Tawan Hati Syarikat

Seperti biasa, selepas anda dipanggil untuk sesi temu duga di sesebuah syarikat, pastinya akan ada beberapa soalan umum yang bakal ditanyakan kepada anda dan perlu dijawab dengan telus supaya anda boleh ‘menawan hati’ syarikat tersebut.

Tetapi, pernahkah anda terfikir bahawa ada beberapa soalan juga yang boleh anda tanyakan kepada HR?

Soalan Kepada HR.

Seorang pengguna Twitter (faridaffy) telah berkongsikan beberapa contoh soalan ‘relevan’ yang boleh anda gunakan untuk mengutarakan soalan kepada pihak HR syarikat yang ditemu duga.

Antaranya:

  1. “Apakah budaya syarikat itu?”
  2. “Apakah rupa purata harian untuk jawatan ini?”
  3. “Pada pendapat anda, di manakah syarikat ini akan berada dalam masa 5 tahun?”
  4. “Apakah cabaran terbesar yang dihadapi oleh jabatan/syarikat sekarang?”
  5. “Apakah jangkaan anda untuk peranan ini dalam 3 bulan pertama?”
  6. “Apakah kualiti yang paling penting bagi seseorang untuk cemerlang dalam jawatan ini?”
  7. “Bolehkah anda memberitahu saya lebih lanjut tentang team/pasukan yang saya akan bekerjasama?”
  8. “Bagaimanakah anda mengukur kejayaan individu dalam jawatan ini?”

Ha, senang bukan?

Jika anda seorang yang mempunyai perasaan ‘ingin tahu’, anda disarankan untuk menggunakan soalan-soalan di atas di penghujung sesi temu duga pada sesi Q&A.

BACA JUGA: Ini Antara ‘Budaya’ Di Ofis Yang Perlu Ditukar. Tak Kiralah Kerajaan Atau Swasta

Semoga artikel ini dapat memberikan manfaat kepada anda.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd