Tasik Bertukar Jadi Padang Berumput Hijau? Ini Sebabnya
Proses Eutrofikasi ini menghasilkan pertumbuhan mikroalga secara besar-besaran yang berwarna hijau dan mengakibatkan cahaya matahari tidak dapat menembusi lapisan bawah air.


Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!
Pernah tak anda tengok sebuah tasik tiba-tiba bertukar menjadi padang? Bunyi macam pelik tetapi memang betul-betul berlaku ya. Jangan terkejut!
Kalau anda tengok sekali imbas, memang tasik itu nampak sama betul macam padang biasa kerana mempunyai rumput hijau di atas kawasan yang rata.
Tetapi kalau ada yang terpijak ‘padang’ itu, boleh tenggelam terus.
Tasik Bertukar Jadi Padang Hijau, Sekali Imbas Macam Sama Je
Baru-baru ini, tular sebuah video dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok (@sabyacc) menunjukkan keadaan di mana sebuah tasik dilihat seperti padang hijau kerana mempunyai rumput di atas permukaan yang rata.
Kebetulan pula rumput hijau itu sama warnanya dengan rumput yang berada di atas tanah berhampiran.
Tetapi semuanya terbukti apabila pengguna TikTok itu membaling ranting kayu ke atas ‘padang’ itu dan menyebabkan permukaan air bergelora.
Video itu mendapat perhatian ramai sehingga berjaya meraih 2.7 juta tontonan setakat artikel ini ditulis.
Proses Eutrofikasi Punca Tasik Bertukar Padang Hijau
Mesti ramai yang tertanya-tanya, apa yang menyebabkan tasik itu bertukar menjadi padang hijau.
Untuk pengetahuan anda, proses itu disebut sebagai Eutrofikasi. Fenomena ini berlaku apabila tumbuhan tumbuh secara berlebihan kerana air tasik mengandungi terlalu banyak nutrien seperti nitrat dan fosfat yang tinggi.
Untuk menghentikan proses ini daripada berterusan, anda perlu mencari sumber nutrien tersebut. Sebagai contoh dari air kumbahan atau hakisan di ladang berhampiran.
Eutrofikasi ini dianggap sebagai salah satu pencemaran air kerana ia menyebabkan banyak hidupan tidak dapat meneruskan kehidupan mereka jika hidup di dalam kualiti air tersebut.

Proses Eutrofikasi ini menghasilkan pertumbuhan mikroalga secara besar-besaran yang berwarna hijau dan mengakibatkan cahaya matahari tidak dapat menembusi lapisan bawah air.
Ini juga menjadi punca proses fotosintesis tidak dapat berlaku di dalam air dan menyebabkan kematian alga.
Kematian alga pula akan menyumbang kepada tambahan bahan organik yang menjadi tasik tersebut lebih tercemar dan kurang sumber oksigen untuk hidupan serta tumbuhan.
Pihak Kontraktor Telah Bersihkan Tumbuhan Hijau Di Dalam Tasik Tersebut
Selepas tularnya video viral itu, seorang pengguna Twitter (@haikalicious) tampil mewakili pihak kontraktor menunjukkan video dan gambar ketika projek pembersihan tasik itu dilakukan.
Malah, pihak mereka juga telah meletakkan pita ‘Caution’ di kawasan berhampiran bagi memastikan tiada pengunjung yang melepasi kawasan projek itu.
Saya mewakili kontraktor, Projek pembersihan secara besar besaran baru sahaja bermula. Caution tape juga telah diletakkan supaya pengunjung tidak melepasi kawasan projek. Mohon doa agar projek berjalan lancar 🙏 pic.twitter.com/o9wIIxjTpw
— Hang Merzon (@haikalicous) March 14, 2023
Penjagaan alam sekitar adalah tanggungjawab setiap masyarakat dan tidak hanya bergantung kepada organisasi terlibat sahaja.
Sebagai masyarakat yang bertamadun, tindakan sekecil-kecil seperti membuang sampah merata tempat adalah sikap yang sepatutnya tidak dijadikan sebagai contoh.
Malah, mereka yang melakukan pencemaran alam sekitar di Malaysia boleh dikenakan denda sehingga RM 10 juta.
BACA JUGA: Penjenayah Alam Sekitar Boleh Dikenakan Denda RM 10 Juta – Menteri KASA
BACA JUGA: Pokok Di Sabah Keluarkan Logam & Saintis Percaya Boleh Selamatkan Alam Sekitar
BACA JUGA: [Video] Rare Spesis Ni! Pokok Hopea Subalata Seakan Brokoli Hanya Ada Di Malaysia & Dijaga Oleh PBB
Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.