Now Reading
Doubletree by Hilton i-City Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

Doubletree by Hilton i-City Shah Alam Kini Dibuka Secara Rasmi

Pembukaan hotel DoubleTree by Hilton ini telah dirasmikan oleh Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-haj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Al-haj, pada 11 Ogos 2022.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (11 Ogos), kumpulan Hilton telah merasmikan pembukaan DoubleTree by Hilton di Shah Alam i-City. Hotel ini merupakan hotel kontemporari dengan 300 buah bilik yang menyediakan akses yang mudah untuk ke destinasi utama di sekitar Shah Alam.

Untuk pengetahuan anda, Hilton kini memiliki 13 buah hotel merentasi tiga jenama di Malaysia dan juga sembilan penambahan yang masih berada di dalam fasa perancangan, sekaligus menjadi pemegang portfolio terbesar syarikat hospitaliti global ini di Asia Tenggara.

Sumber: Hilton

Lokasi hotel ini juga begitu strategik di mana para tetamu yang datang berkunjung ke Shah Alam di atas apa jua urusan iaitu perniagaan mahupun percutian akan ditawarkan akses mudah dan hanya perlu berjalan kaki selama 10 minit untuk ke Pusat Konvensyen i-City Shah Alam, pusat membeli-belah Central i-City, dan juga ke taman tema berdekatan.

F&B

Sumber: Hilton

Bercakap bab makanan juga, pastinya para tetamu akan teruja dengan pilihan makanan dan restoran yang ditawarkan iaitu pengalaman menjamu selera yang termasuk sajian makanan tempatan di Makan Kitchen, masakan Itali di Tosca, dan juga minum petang di Axis Lounge.

Di tingkat bawah iaitu G pula, anda boleh duduk sambil bersantai di longue kasual, The Koffee. Ada pastri, cookies, minuman teh, kopi, dan sebagainya.

Sumber: Hilton

300 Bilik Tetamu Yang Diakses Dengan Kunci Digital

DoubleTree by Hilton Shah Alam i-City ini turut menawarkan 300 buah bilik tetamu yang boleh diakses menggunakan kunci digital. Kesemua bilik juga mempunyai ruang kerja khusus, peti sejuk mini, TV definisi tinggi dan akses internet berkelajuan tinggi.

Sumber: Hilton

Oleh itu, jangan risau. Jikalau anda ingin membuat kerja ataupun WFH (Work From Hotel) pun tiada masalah.

Nak santai sambil menonton Netflix pun boleh!

Untuk pengetahuan anda, DoubleTree by Hilton ini adalah sebuah hotel yang menawarkan kemudahan mandian mesra alam, selaras dengan usaha kemampanan Hilton bagi mengurangkan penggunaan plastik pakai buang.

Fasiliti

Antara fasiliti menarik yang ditawarkan oleh hotel ini adalah Spa Eforea, gym yang dibuka selama 24 jam dan dilengkapi dengan peralatan Precor® terkini, dan juga kolam renang.

Sumber: Hilton

Anda juga boleh memilih hotel ini untuk dijadikan sebagai lokasi acara seperti mesyuarat, majlis perkahwinan, majlis ulang tahun, perhimpunan sosial dan sebagainya.

Dewan besar tanpa tiang yang berukuran 1,170 meter persegi boleh memuatkan sehingga 1,200 tetamu.

Walau bagaimanapun, tetamu yang ingin menganjurkan mesyuarat lebih kecil boleh memilih daripada 12 bilik mesyuarat fleksibel dilengkapi dengan kemudahan audio-visual dan teknikal terkini, serta internet berkelajuan tinggi.

Untuk maklumat lanjut, anda boleh terus KLIK SINI atau hubungi +603 56500200.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd