Now Reading
Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Tangki Pam Tandas Masjid

Mayat Bayi Lelaki Cukup Sifat Ditemui Dalam Tangki Pam Tandas Masjid

Hasil bedah siasat mendapati bayi terbabit telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui dalam tangki pam tandas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Satu kes menyayat hati melibatkan kematian bayi dilaporkan berlaku di Kuala Berang, Terengganu semalam (16 April).

Seorang petugas kebersihan selaku tukang kebun terkejut apabila terjumpa mayat seorang bayi lelaki di dalam tangki pam tandas perempuan di Masjid Kampung Pasir Simpul.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) Kampung Pasir Simpul Muhammad Mustaffa berkata, mayat ditemukan pada jam 7 malam ketika lelaki berusia lingkungan 40-an itu sedang mencuci tandas.

Sumber: Facebook Ganu Lensa

“Selepas mencuci tandas, dia mengepam tandas dan ketika itu keluar cecair seakan darah yang berwarna merah pekat berserta dengan bau amat busuk.

“Lelaki berkenaan yang menyangkakan pam tandas tersumbat terus mencungkil tangki pam tandas itu dengan kayu dan kemudian terkeluar tangan bayi yang telah mereput,” kata Muhammad Mustafa.


Bayi Meninggal Dunia Lebih 24 Jam Sebelum Ditemui

Tambah Muhammad Mustafa, petugas kebersihan tersebut dengan segera menghubunginya sebelum dia bergegas ke masjid lalu menghubungi pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) untuk siasatan lanjut.

Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu Deputi Superintenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata hasil bedah siasat mendapati bayi yang cukup sifat terbabit telah meninggal dunia lebih 24 jam sebelum ditemui, lapor Berita Harian.

Sehingga kini, suspek terlibat masih lagi dikesan dan kes sedang disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 17 Bulan Maut Dipercayai Didera, Ibu Ditahan & Rakan Lelaki Diburu Polis

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka

Baca Artikel Berkaitan: Bayi Perempuan 16 Bulan Maut Lepas Tertinggal Dalam Kereta Di Universiti


Kes Pembuangan Bayi Semakin Berleluasa

Kes pembuangan bayi dalam negera dilihat semakin membimbangkan.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri, sebanyak 509 kes pembuangan bayi dilaporkan berlaku dalam tempoh tahun 2018 hingga Februari lalu.

Sumber: Malay Mail/Pexels

Memetik Sinar Harian, beliau turut mendedahkan tiga negeri mencatatkan jumlah kes kumulatif tertinggi dalam tempoh berkenaan adalah Selangor dengan 111 kes, diikuti Johor (64) dan Sabah (56).

Antara faktor yang menyebabkan kes pembuangan bayi berlaku adalah:

  • Kecuaian ibu bapa atau penjaga.
  • Anak tidak sah taraf.
  • Masalah kewangan.
  • Perbalahan keluarga.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd