Now Reading
Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Akan Mula Dikreditkan Esok – Kementerian Kewangan

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 Akan Mula Dikreditkan Esok – Kementerian Kewangan

Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan memanfaatkan seramai 8.4 juta rakyat Malaysia.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Bermula esok (3 April), bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 2 akan mula dikreditkan kepada penerima di mana ia bakal memanfaatkan seramai 8.4 juta rakyat Malaysia.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, peruntukan STR fasa 2 tersebut mempunyai peningkatan sebanyak 20% yang melibatkan implikasi kewangan bernilai RM1.5 bilion berbanding RM1.26 pada tahun sebelum ini.

Tambah beliau, peruntukan bantuan bersasar antara RM100 hingga RM650 itu adalah untuk membantu rakyat berpendapatan rendah dan sederhana rendah dalam menangani peningkatan kos sara hidup.

“Reformasi ekonomi yang diterajui kerajaan Madani bukan semata-mata untuk memperbetul struktur kewangan negara, tetapi ia berbekalkan niat ikhlas untuk memastikan kekayaan negara dapat dikongsi dengan rakyat secara lebih saksama.

“Insya-Allah, kerajaan akan tingkatkan lagi bantuan tunai kepada rakyat sejajar dengan penambahbaikan fiskal negara termasuk pelaksanaan penyasaran subsidi kepada golongan yang benar-benar memerlukan,” kata beliau.


Jumlah Bantuan Ikut Kategori

Berikut adalah jumlah bantuan diterima mengikut kategori:

  • Isi rumah berpendapatan bawah RM2,500 (3 juta penerima)
    • Jumlah bantuan diberikan: RM150 – RM650
  • Isi rumah berpendapatan atas RM2,501 hingga RM5,000 (0.9 juta penerima)
    • Jumlah bantuan diberikan: RM100 – RM300
  • Warga emas tiada pasangan (1.2 juta penerima)
    • Jumlah bantuan diberikan: RM150
  • Bujang (3.3 juta penerima)
    • Jumlah bantuan diberikan: RM100

Bayaran Secara Tunai Di BSN Jika Tiada Akaun Bank

Mengulas lanjut, penerima sedia ada dan penerima baharu yang berdaftar dalam pangkalan data STR akan menerima pembayaran STR Fasa 2 melalui pengkreditan ke dalam akaun bank pada 3 hingga 9 April.

Buat mereka yang tiada akaun bank, bayaran secara tunai akan disalurkan melalui cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) mulai 3 April.

Sumber: Malay Mail

Penerima STR 2024 Dijangka Terus Meningkat

Pada tahun ini, kerajaan telah mengambil inisiatif baru untuk membuka akses pendaftaran STR 2024 sepanjang tahun bagi memberi peluang kepada lebih ramai rakyat mendapat manfaat bantuan.

Susulan itu, bilangan penerima yang layak dijangka terus meningkat pada tahun 2024. Peningkatan tersebut mengambil kira proses permohonan baharu dan kemas kini yang dijalankan sepanjang tahun berbanding setahun sekali sebelum ini.


Hati-hati Dengan Pautan Tidak Sahih

Buat pemohon yang mendapati namanya tiada dalam pangkalan data STR, mereka perlu membuat permohonan bagi membolehkan proses verifikasi mengikut kategori kelayakan STR dimuktamadkan.

Kementerian Kewangan dalam masa sama menasihatkan penerima STR untuk sentiasa berwaspada dengan pautan yang tidak sahih dari pihak tidak bertanggungjawab bagi mendapatkan maklumat berkaitan program STR.

Untuk info, semakan status kelayakan STR dan soalan lazim (FAQ) boleh didapati di Portal Rasmi STR [DI SINI].


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd