Now Reading
Sijil Halal Alagappa Flour Mills Dibatalkan JAKIM, Ini Sebabnya

Sijil Halal Alagappa Flour Mills Dibatalkan JAKIM, Ini Sebabnya

Menurut JAKIM, Alagappa Flour Mills Sdn Bhd tidak mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, isu halal sesuatu produk makanan merupakan aspek yang perlu dititik beratkan oleh umat beragama Islam.

Namun sejak kebelakangan ini, banyak pula isu melibatkan sijil halal. Seperti sebelum ini, tular isu premis nasi ayam ‘claypot’ terkenal di Sri Petaling Jaya yang dikatakan menggunakan alkohol ‘rice wine’.

Hasil siasatan pula mendapati JAKIM tidak pernah mengeluarkan sebarang sijil halal untuk kedai makan tersebut.

Baca Artikel Berkaitan: Nasi Ayam Claypot Tak Halal, JAKIM Nasihat Semak Status Halal Sebelum Kunjungi Premis


JAKIM Tarik Sijil Halal Alagappa Flour Mills

Isu melibatkan sijil halal sekali lagi berlaku baru-baru ini. Untuk makluman, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) telah menarik semula Sijil Pengesahan Halal Malaysia (SPHM) Alagappa Flour Mills Sdn Bhd.

Hal ini disebabkan oleh isu bahan mentah dan kebersihan dan bukannya soal isu teknikal.

Memetik Astro Awani, syarikat tersebut kehilangan sijil halalnya kerana tidak mematuhi Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020.

Pada awalnya, pensijilan halal syarikat berkenaan digantung kerana wujudnya isu teknikal yang tidak begitu serius. Namun Alagappa Flour Mills Sdn Bhd telah pun diberi masa oleh pihak berkuasa untuk menjalankan penambahbaikan.

Bagaimanapun, kekurangan tenaga kerja menyulitkan syarikat untuk memenuhi keperluan pihak berkuasa dalam jangka masa yang ditetapkan. Oleh disebabkan kegagalan mematuhi arahan tersebut, pensijilan halal syarikat itu telah dibatalkan.


Alagappa Flour Mills Dalam Proses Dapatkan Semula Sijil Halal

Bagi membetulkan keadaan itu, Alagappa Flour Mills telah memperkukuh tenaga kerjanya secara strategik khususnya di bawah bahagian Eksekutif Halal, Jawatankuasa Halal Dalaman, lapor JAKIM dalam satu kenyataan.

Manakala Alagappa’s Halal Department dibangunkan bagi menerajui segala hal ehwal berkaitan pengurusan halal syarikat.

Mengulas lanjut, Alagappa telah memohon semula pensijilan halal syarikat daripada pihak JAKIM. Jika segala proses berjalan dengan lancar, syarikat berkenaan akan menjalani satu lagi proses audit pada bulan ini (Mac 2024).


“Produk Tiada Sijil Halal Tak Bermaksud Ia Haram”

Dalam pada itu, JAKIM turut menjelaskan bahawa status halal produk syarikat yang dikeluarkan sebelum 12 Mac 2024 tidak terkesan dengan pembatalan sijil halal ini.

JAKIM dalam masa sama mengingatkan orang ramai bahawa produk tanpa sijil halal tidak bermakna ianya haram. Peringatan mesra itu adalah ekoran daripada komen-komen netizen yang menjatuhkan hukum haram bagi syarikat yang tiada sijil halal.

Tambah pihak berkuasa itu lagi, mana-mana produk yang mendapat pensijilan halal oleh JAKIM telah pun memenuhi semua syarat di bawah Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia (Domestik) 2020 termasuklah piawaian dan peraturan halal.

Justeru itu, teruskan amalan terbaik yang dipraktikkan dalam membuat pemilihan produk atau perkhidmatan yang dipersijilkan halal kerana produk dan perkhidmatan yang mempunyai SPHM pastinya halal, selamat dan baik.

JAKIM.

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd