Now Reading
Aksi Superman Bawa Padah, 3 Remaja Perempuan Dicekup

Aksi Superman Bawa Padah, 3 Remaja Perempuan Dicekup

Difahamkan, aksi Superman itu dilakukan tiga minah rempit berkenaan di Lebuhraya PLUS ketika mereka pulang berkonvoi selepas menjamu selera.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Segelintir penunggang motosikal di Malaysia sering melakukan perkara yang boleh membahayakan nyawa dan keselamatan pengguna jalan raya lain.

Seperti terdahulu, tular satu perkongsian di laman X (Twitter) menyaksikan aksi berbahaya tiga penunggang motosikal wanita yang melakukan aksi ‘Superman’ di lebuh raya.

Menerusi video terbabit, penunggang motosikal juga dilihat dengan selamba menukar lorong dan laluan sambil membuat aksi sebegitu walaupun terdapat banyak kenderaan berat di sekelilingnya.

Baca Artikel Berkaitan: “Sampah Jalan Raya” – Aksi Superman Sekumpulan Wanita Undang Kecaman


3 Remaja Perempuan Buat Aksi Superman Diberkas

Terbaharu, kelakuan tiga remaja perempuan yang menunjukkan aksi Superman sekitar Lebuhraya Utara Selatan membawa padah apabila mereka telah ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kelmarin (13 Mac).

Difahamkan, aksi yang mengancam nyawa tersebut berlaku di Lebuhraya Utara-Selatan ketika tiga rakan tersebut pulang berkonvoi selepas menjamu selera di sebuah kedai makan sekitar Serdang, Selangor.

Menurut Pengarah Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman Datuk Mohd Azman Ahmad Sapri, tangkapan ke atas tiga remaja perempuan berusia 16, 17 dan 18 tahun itu dibuat selepas pihaknya berjaya mengesan klip video yang tular.

Sumber: X

Bertindak atas maklumat itu, Unit Risikan/Operasi JSPT Bukit Aman bersama Bahagian Siasatan Trafik Daerah (BSTD) Melaka Tengah membuat tangkapan terhadap tiga remaja perempuan di sekitar Bandar Melaka.

Mohd Azman Sapri.

Mengulas lanjut, tangkapan terbabit dilakukan dengan kerjasama Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Melaka Tengah menerusi operasi bermula jam 11 malam.


Lakukan Aksi Superman Gara-gara Pengaruh Rakan

Tambah Mohd Azman lagi, hasil siasatan mendapati kesemua suspek yang diberkas menyertai kelab motosikal ‘Awek Melaka’ dan semua ahli kelab itu sedang menetap di Melaka.

Menurut kenyataan suspek, mereka membuat pengakuan bahawa aksi berbahaya berkenaan dilakukan disebabkan pengaruh antara satu sama lain.

Dalam pada itu, PDRM turut mengeluarkan tujuh saman terhadap suspek terbabit atas pelbagai kesalahan.


Polis Sita 3 Motor Yamaha Y15ZR

Sementara itu, polis juga menyita tiga motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang digunakan oleh suspek ketika melakukan aksi berbahaya berkenaan.

Tegasnya, kes disiasat di bawah Seksyen 42 Akta Pengangkutan Jalan 1987. PDRM dalam masa sama mengingatkan penunggang motosikal di negara ini supaya sentiasa mematuhi peraturan lalu lintas.

Ulas JSPT lagi, pihaknya tidak berkompromi dengan mana-mana individu terlibat dalam samseng jalanan.

Sumber: PDRM

Baca Artikel Berkaitan: 4 Penungggang Motosikal Buat Aksi ‘Superman’ Di LPT1 Ditahan

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Geng Mat Rempit Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya [Video]


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd