“Sampah Jalan Raya” – Aksi Superman Sekumpulan Wanita Undang Kecaman
Difahamkan, kejadian aksi superman itu berlaku di Lebuhraya Utara Selatan ke arah Linggi pada semalam (10 Mac).
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Terdahulu, Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan Malaysia mencatatkan purata 18 kematian sehari disebabkan kemalangan pada tahun lalu iaitu 12 daripadanya melibatkan motosikal.
Walaupun kemalangan itu kadangkala berpunca dari faktor luaran yang tidak dapat dielakkan, namun dalam sesetengah kes ia terjadi disebabkan kecuaian pemandu sendiri.
Baca Artikel Berkaitan: Malaysia Catat Purata 18 Kematian Sehari Akibat Kemalangan Jalan Raya – Anthony Loke
Sejak dahulu, banyak kes dilaporkan berlaku di mana penunggang motosikal membuat aksi bahaya di atas jalan raya.
Sekumpulan Wanita Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya Ke Arah Linggi
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman X (Twitter @IbuPeri__), menyaksikan sekumpulan wanita membuat aksi ‘superman’ di lebuh raya dipercayai ke arah Linggi di Lebuhraya Utara Selatan. Difahamkan, kejadian berlaku semalam (10 Mac).
Menerusi video yang dirakam oleh wanita dikenali sebagai Ebu, beberapa orang penunggang motosikal dilihat dengan selamba melakukan perkara tersebut walaupun terdapat banyak kenderaan berat di sekelilingnya.
Ada juga di antara mereka yang melakukan aksi superman itu di lorong kanan lebuh raya iaitu laluan untuk kenderaan ringan untuk memotong.
PEREMPUAN SIAL pic.twitter.com/DHYpDkKkqw
— EBU (@IbuPeri__) March 10, 2024
Netizen Kecam Aksi Superman Sekumpulan Wanita
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai dilihat mengkritik aksi yang boleh membahayakan keselamatan pemandu jalan raya lain.
Ramai di kalangan netizen meminta pihak penguat kuasa untuk mengambil tindakan terhadap kumpulan yang membuat aksi superman tersebut.
“Penat la nak hadap budak macam-macam ni. Boleh tak encik Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sita motor-motor diorang ni,” ujar seorang warganet.
Malah ada juga yang berpendapat golongan sebegitu tidak serik dengan kelakuan mereka selagi mana ia tidak memberi kemudaratan kepada keselamatan mereka sendiri.
“Puak-puak ni memang tidak akan serik. Selagi diri sendiri belum terlantar dekat ICU. Selagi itu tak serik,” kata seorang individu.
Sementara itu, ada juga berkata sekumpulan wanita yang membuat aksi superman tersebut menyusahkan pengguna jalan raya akibat kesesakan jalan raya.
“Layak dikecam. Kalau accident bukan diorang je kena. Habis libatkan pengguna jalan raya lain lepas itu jammed. Nak mati katak jangan susahkan orang,” kata seorang wanita.
Aksi Superman Boleh Dikenakan Hukuman Penjara & Denda
Untuk makluman, aksi superman bukanlah satu perkara baru dan sering dilaporkan berlaku di kalangan penunggang motosikal.
Seperti sebelum ini, sekumpulan geng ‘mat rempit’ telah membuat aksi superman sambil menyalakan lampu hazard dengan kaki belakang yang turut disilangkan.
Selain itu, terdapat dua lagi motosikal di hadapan mereka yang dipercayai turut melakukan aksi sama. Lebih mencuri tumpuan, dua penunggang berkenaan turut menukar laluannya dari lorong kiri ke kanan di saat masih berada dalam posisi sama.
Baca Artikel Berkaitan: Ramai Kecam Tindakan Geng Mat Rempit Buat Aksi Superman Di Lebuh Raya [Video]
Memetik Sinar Harian, kes aksi superman di atas jalan raya boleh didakwa mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 (Pindaan 2020) yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga lima tahun dan denda minimum RM5,000 serta tidak lebih RM15,000, jika disabitkan kesalahan.
Baca Artikel Berkaitan: 4 Penungggang Motosikal Buat Aksi ‘Superman’ Di LPT1 Ditahan
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram