Now Reading
Malaysia Catat Purata 18 Kematian Sehari Akibat Kemalangan Jalan Raya – Anthony Loke

Malaysia Catat Purata 18 Kematian Sehari Akibat Kemalangan Jalan Raya – Anthony Loke

Statistik pada tahun 2023 mendedahkan sebanyak 6,443 individu maut akibat kemalangan jalan raya.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada setiap hari, pasti ada sahaja kes kemalangan dilaporkan berlaku dalam negara. Kadangkala kemalangan itu berpunca dari faktor luaran yang tidak dapat dielak, namun dalam sesetengah kes ia terjadi disebabkan kecuaian pemandu sendiri.

Seperti baru-baru ini, dua penunggang motosikal dilaporkan cedera parah selepas terlibat dalam satu kemalangan dengan sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat sekitar Simpang Paya Rambai, Kota Bharu.

Difahamkan kemalangan terbabit berlaku selepas kedua-dua penunggang motosikal tersebut melanggar lampu isyarat merah.

Baca Artikel Berkaitan: 2 Penunggang Motosikal Melambung Dirempuh Kereta Di Kelantan Gara-gara Langgar Lampu Merah [Video]


Kes Kematian Akibat Kemalangan Jalan Raya Cecah 6,443 Individu

Hari ini (6 Mac), Menteri Pengangkutan Anthony Loke memaklumkan Malaysia mencatatkan purata 18 kematian sehari disebabkan kemalangan pada tahun lalu iaitu 12 daripadanya melibatkan motosikal.

Berdasarkan statistik terkini tentang kemalangan membabitkan kematian, beliau mendedahkan jumlah individu maut dicatatkan pada tahun 2023 adalah 6,443, sekali gus merekodkan angka tertinggi dalam tempoh masa lima tahun.

Foto: Kemalangan jalan raya.

Daripada jumlah berkenaan, hampir dua pertiga adalah kemalangan membabitkan motosikal sebanyak 4,480 kematian. Jumlah kes maut tersebut bersamaan dengan purata 18 kematian akibat jalan raya setiap hari iaitu seorang bagi setiap 80 minit.

Purata kematian adalah daripada 18 kematian sehari, 12 kematian itu adalah membabitkan motosikal. Bermaksud hampir setiap dua jam ada kemalangan maut melibatkan motosikal.

Anthony Loke.

Kementerian Akan Keluarkan Statistik Kemalangan Jalan Raya Secara Harian

Susulan itu, kementerian akan memuat naik statistik kes kematian akibat kemalangan secara ‘real time’ pada setiap hari. Inisiatif berkenaan dikira sebagai langkah baharu bagi meningkatkan kesedaran pemandu dan orang ramai tentang keselamatan jalan raya.

Laporan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbabit akan dilaksanakan dalam masa terdekat. Untuk makluman, statistik yang akan dikeluarkan terdiri dengan format sama seperti pelaporan kes harian jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Contoh statistik kematian Covid-19. Sumber: KKM

Hari ini sudah diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Kesesakan dan Keselamatan Jalan Raya. Setiap hari maklumat kemalangan jalan raya akan dikeluarkan secara ‘real time’ yang mengambil data pada hari sebelumnya. JPJ (Jabatan Pengangkutan Jalan) akan menyelaras dengan PDRM untuk menentukan kaedah pelaporan itu nanti.

Anthony Loke.

Harap Orang Ramai Sedar Tentang Keselamatan Jalan Raya

Dalam pada itu, statistik terbabit diharapkan akan membuka mata orang ramai untuk menyedari dan mengambil serius soal keselamatan jalan raya.

“Apa yang kerajaan mahu laksana adalah meningkatkan kesedaran orang ramai bahawa kemalangan jalan raya adalah punca utama kematian. Ia mesti diambil serius oleh semua pihak kerana ia kadang-kadang membabitkan kecuaian oleh pemandu sendiri.

“Kita akan menjadikan dasar ini supaya media massa juga dapat memaparkan liputan terhadap angka-angka ini. Pihak kerajaan harapkan kerjasama dengan media untuk sampaikan angka-angka (kes harian kematian akibat kemalangan) ini kepada orang ramai,” kata beliau.

Sumber: Malay Mail

Anthony Loke dalam masa menegaskan bahawa kematian melibatkan kemalangan jalan raya sebenarnya lebih tinggi berbanding kes maut pandemik Covid-19. Oleh disebabkan itu, kerajaan mahu rakyat sedar dan lebih cakna ketika berada atas jalan raya.


Tips Keselamatan Jalan Raya

Sekiranya anda berada di jalan raya, terdapat beberapa tips keselamatan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang perlu dipatuhi. Hal ini bagi memastikan setiap keselamatan pemandu terjamin. Antaranya:

  • Mematuhi jarak selamat antara kenderaan.
  • Memakai tali pinggang keledar.
  • Memetahui had laju tersedia di jalan raya.
  • Tidak melanggar lampu isyarat.
  • Jangan memandu ketika dalam keadaan mabuk.
Sumber: Pexels/Wap Car.

Semoga tips keselamatan yang diamalkan oleh orang ramai dapat membantu menurunkan kes kematian selain mengelakkan kemalangan semasa berada di atas jalan raya.

Baca Artikel Berkaitan: Rakan Pemandu Maut Tercampak Selepas BMW Dipandu Laju & Melulu Terbabas Di Lebuhraya MEX

Baca Artikel Berkaitan: Kes Kemalangan Babit Warga Emas Di Malaysia Semakin Meningkat


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd