Now Reading
Rakan Pemandu Maut Tercampak Selepas BMW Dipandu Laju & Melulu Terbabas Di Lebuhraya MEX

Rakan Pemandu Maut Tercampak Selepas BMW Dipandu Laju & Melulu Terbabas Di Lebuhraya MEX

Menurut Ketua Polis Daerah Serdang, kereta BMW itu hilang kawalan sebelum merempuh bahagian belajar sebuah kenderaan jenis Honda CRV.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Tindakan seroang lelaki memandu dalam keadaan laju dan melulu telah mengakibatkan rakannya maut manakala seorang warga emas cedera dalam satu kemalangan di Kilometer 15 Lebuhraya Kuala Lumpur-Purajaya (MEX) pada Ahad lalu (22 Oktober).

Dalam kejadian kira-kira jam 3 petang itu, lelaki terbabit memandu sebuah kereta jenis BMW berwarna biru sebelum merempuh bahagian belakang Honda CRV dari arah Putrajaya menghala Kuala Lumpur.

Pihak polis terima maklumat kemalangan lima minit selepas kejadian

Ketua Polis Daerah Serdang, Asisten Komisioner A.A. Anbalagan berkata, pihaknya menerima maklumat mengenai kejadian itu menerusi kaunter pertanyaan trafik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang pada jam kira-kira 3.05 petang.

“Mangsa merupakan seorang lelaki warga tempatan berumur 30 tahun menaiki kereta BMW terbabit yang dipandu rakannya berumur 29 tahun.

“Kenderaan terbabit kemudiannya hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang sebuah kenderaan jenis Honda CRV,” katanya dipetik Sinar Harian semalam (24 Oktober).

Rempuhan menyebabkan Honda CRV dipandu warga emas terbabas

Menurutnya, rempuhan itu menyebabkan Honda CRV yang dipandu warga emas berusia 71 tahun itu terbabas ke bahagian kiri jalan.

“Kereta dinaiki mangsa pula terbabas di tengah jalan mengakibatkan mangsa yang duduk di bahagian penumpang hadapan tercampak keluar.

“Mangsa kemudiannya disahkan maut di tempat kejadian manakala pemandu Honda CRV mengalami kecederaan di bahagian leher,” katanya.

Menurutnya lagi, mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Serdang bagi menjalani proses bedah siasat.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya lagi.

Tular rakaman dashcam kereta dipandu dalam keadaan laju dan bahaya

Sebelum ini, tular di media sosial rakaman dashcam dari salah sebuah kereta yang memaparkan BMW berkenaan dipandu dengan laju dan berbahaya.

Tidak lama kemudian, menerusi klip dashcam yang sama, dapat dilihat keadaan BWM itu yang terbalik akibat kemalangan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd