Now Reading
Pengunjung 60 Bazar Ramadan Rahmah Bakal Terima e-Dompet RM20 – Fuziah Salleh

Pengunjung 60 Bazar Ramadan Rahmah Bakal Terima e-Dompet RM20 – Fuziah Salleh

Menurut Fuziah Salleh, sebanyak 2,000 e-dompet bernilai RM20 akan dikeluarkan di setiap Bazar Ramadan Rahmah untuk para pengunjung.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Dengan ketibaan bulan Ramadan yang berbaki kurang dari lima hari lagi, sudah pasti ramai di kalangan umat Islam tidak sabar untuk menunaikan rukun Islam keempat iaitu berpuasa.

Bukan sahaja dapat mengejar pahala beribadah, bahkan pelbagai aktiviti akan dilakukan seperti berbuka puasa bersama-sama rakan dan mengunjungi bazar Ramadan.

Mungkin ada juga di antara anda yang sudah mempunyai list sendiri tentang senarai bazar Ramadan yang mahu dikunjungi.


2,000 e-Dompet RM20 Bakal Disediakan Pengunjung Bazar Ramadan Rahmah

Hari ini (7 Mac), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), mengumumkan sebanyak 60 Bazar Ramadan Rahmah akan dibuka di seluruh negara sepanjang Ramadan.

Lebih mengujakan adalah kerajaan turut menawarkan insentif sejumlah RM50 kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah. Para pengunjung yang hadir memeriahkan bazar itu juga berpeluang menerima insentif RM20 menerusi e-Dompet.

Sumber: Malay Mail

Menurut Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Fuziah Salleh, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya 40% peniaga di bazar berkenaan untuk menawarkan Menu Rahmah di mana juadah boleh dijual dengan harga lebih murah kepada para pelanggan.

Di bazar ini, kita akan beri insentif kepada peniaga yang menawarkan Menu Rahmah sebanyak RM50 dan kita akan beri insentif pada pengunjung dalam bentuk e-Dompet RM20 dan di setiap lokasi bazar, ada 2,000 e-Dompet akan dikeluarkan untuk membantu pengunjung yang datang ke bazar rahmah untuk membeli pada harga yang lebih murah.

Fuziah Salleh.

KPDN Laksana Ops Pantau Untuk Kawal Harga Juadah Di Bazar

Sebelum ini, Datuk Dr Hasan Bahrom (PH-Tampin) turut bertanya mengenai tindakan KPDN bagi memantau situasi di bazar Ramadan sekitar Malaysia.

Menjawab kepada persoalan itu, Fuziah Salleh berkata penguat kuasa kementerian akan melaksanakan Ops Pantau bermula Selasa minggu hadapan (12 Mac) di setiap bazar Ramadan.

Hal ini bagi memastikan tidak ada peniaga cuba mengambil kesempatan untuk menaikkan harga yang tidak munasabah sewenang-wenangnya.

Sumber: Malay Mail

Kes Harga Juadah Bazar Ramadan Mahal

Perkara tersebut boleh dikaitkan dengan situasi bazar Ramadan tahun lalu di mana kebanyakan orang ramai mengadu tentang harga juadah yang mahal.

Segelintir pelanggan mendakwa harga murtabak yang dibeli oleh mereka adalah sejumlah RM12. Kalau dijual di pasar malam biasa, selalunya ia berharga RM6 atau RM7 sahaja.

Ada juga isu di mana seorang lelaki meluahkan rasa terkejut apabila dia dikenakan caj tambahan RM3 oleh peniaga hanya kerana meminta dikurangkan ais dalam bungkusan air yang ingin dibeli.

Pelanggan tersebut mendakwa harga sebungkus air dengan caj tambahan itu yang akhirnya berjumlah RM8 adalah terlalu mahal.

Sumber: TikTok (@eshamsoda)/Air Balang

Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa Peniaga Air Di Bazar Ramadan Caj RM3 Jika Kurangkan Ais


Peranan Pembeli Di Bazar Ramadan

Sudah tentu masyarakat setempat sudah tidak sabar untuk mengunjungi gerai-gerai bazar yang terdiri dengan pelbagai juadah menarik. Mana tidaknya, suasana sebegitu hanya boleh dirasai satu bulan sahaja pada setiap tahun.

Di sini kami kongsikan beberapa perkara yang perlu diambil perhatian semasa mengunjungi ke bazar Ramadan. Antaranya:

Sumber: Lazada/Pexels
  • Elakkan pembaziran dan jangan beli makanan mengikut nafsu.
  • Jangan buat sampah merata-rata.
  • Beratur apabila hendak membeli di sesebuah gerai.
  • Bawa mangkuk tingkat bagi mengurangkan penggunaan bungkusan plastik.
  • Digalakkan memakai pelitup muka di tempat yang sesak.

Baca Artikel Berkaitan: Ramadan 2024: Para Peniaga, Ini Pesanan Ringkas Buat Anda Semua

Baca Artikel Berkaitan: Ini 7 ‘Pro Tip’ Untuk Anda Berkunjung Ke Bazar Ramadan. Cubalah!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd