Now Reading
Bayi 3 Bulan Maut Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan

Bayi 3 Bulan Maut Pada Hari Pertama Di Pusat Asuhan

Difahamkan, pengurus pusat asuhan memaklumkan kepada si bapa bahawa bayinya tidak sedarkan diri selepas dua jam dihantar ke premis tersebut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pada Isnin lalu (4 Mac), seorang bayi lelaki berusia tiga bulan dilaporkan tidak sedarkan diri sebelum disahkan meninggal dunia di sebuah pusat asuhan kanak-kanak di Setia Alam, Shah Alam.

Menurut Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim, pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerima laporan mengenai kejadian daripada bapa mangsa jam 2.31 petang pada hari sama.

Siasatan mendapati mangsa dihantar kali pertama oleh bapanya ke pusat asuhan itu pada jam 8.30 pagi hari berkenaan. Pada jam 10.30 pagi, pengurus pusat asuhan memaklumkan kepada bapa mangsa yang bayi tersebut tidak sedarkan diri.

Mohd Iqbal.

Mangsa Tidak Alami Sebarang Kecederaan

Bayi terbabit kemudian dibawa ke Jabatan Kecemasan Hospital Shah Alam dan disahkan meninggal dunia selepas usaha menyelamatkan mangsa dijalankan.

Jelas Mohd Iqbal, bedah siasat dijalankan pada jam 12.30 tengah hari hingga 5 petang di Unit Forensik Hospital Shah Alam, kelmarin (5 Mac).

Keputusannya masih menunggu hasil siasatan makmal. Pemeriksaan ke atas mangsa tidak menemui kecederaan luaran atau dalaman.

Mohd Iqbal.
Gambar sekadar hiasan.

Susulan itu, siasatan kini dijalankan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak dan jika disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi 20 tahun atau kedua-duanya.

Mengulas lanjut, kenyataan pengasuh dan pekerja pusat asuhan telah pun diambil PDRM.

“Kenyataan ibu dan bapa mangsa akan diambil selepas urusan pengebumian di Kelantan,” kata beliau.

Buat mereka yang mempunyai maklumat berkaitan kes, anda boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhammad Naqiuddin Nawawi di talian 011-21112824 bagi membantu siasatan.


Kes Lebih Kurang Sama Yang Berlaku

Terdahulu, seorang bayi perempuan Qaseh Aulia, berumur dua bulan dilaporkan meninggal dunia akibat sesak nafas di sebuah taska sekitar Kota Damansara, Petaling Jaya pada 10 Oktober 2023.

Lebih memilukan, kejadian berlaku selepas hanya dua hari ibu bapa menghantar Aulia di taska berkenaan. Seorang wanita warga asing berusia lewat 40-an yang merupakan pengasuh bayi berkenaan telah ditahan selepas dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya.

Sumber: Facebook/Astro Awani

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 2 Bulan Meninggal Dunia Di Taska, JKM Sita Premis Kerana Tiada Lesen Berdaftar

Sebelum itu, satu insiden lebih kurang sama berlaku apabila seorang bayi lelaki berusia empat bulan dilaporkan maut di sebuah rumah pengasuh berhampiran Taman Cempaka, Ampang Jaya, Selangor.

Kejadian terjadi selepas sehelai kain lampin dikatakan berada di muka bayi tersebut ketika berada di dalam buaian. Suspek berkata bayi berkenaan mengalami sesak nafas kerana kain lampin di dalam buai telah menutup muka mangsa.

Baca Artikel Berkaitan: Bayi 4 Bulan Maut Di Rumah Pengasuh Lepas Kain Lampin Tertutup Muka

Baca Artikel Berkaitan: Pengasuh Taska Didakwa Dera Bayi Di Skudai, Johor Mengaku Salah


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd