Now Reading
Pusat Rawatan Ibu Bersalin Operasi Tanpa Lesen Dikenakan Kompaun

Pusat Rawatan Ibu Bersalin Operasi Tanpa Lesen Dikenakan Kompaun

Premis menjaga dan merawat ibu bersalin tanpa lesen pihak berkuasa itu beroperasi di Bandar Bukit Raja, Klang Selangor sejak beberapa bulan lalu.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum mengetahui bayi serta ibunya harus diberikan perhatian penuh lebih-lebih lagi pada fasa selepas melahirkan anak.

Dalam jangka masa antara enam hingga lapan minggu atau dipanggil sebagai tempoh berpantang, ibu selepas bersalin perlu memastikan penjagaan lebih rapi terhadap diri sendiri bagi memulihkan badan.

Namun begitu, golongan tersebut haruslah mendapatkan rawatan daripada pihak dipercayai atau di premis yang mempunyai lesen sah bagi mencegah perkara tidak diingini berlaku.


Pusat Penjagaan Ibu Tanpa Lesen Diserbu MBDK

Kelmarin (26 Februari), sebuah rumah telah diserbu pihak Majlis Bandaraya Diraja Klang (MBDK) disebabkan aktiviti menjaga dan merawat ibu bersalin tanpa lesen sah daripada Jabatan Pelesenan dan Jabatan Penguatkuasa.

Menurut Pengarah Komunikasi Korporat MBDK Norfiza Mahfiz, operasi yang berjalan jam 12.45 tengah hari itu dilakukan susulan aduan orang ramai dan hasil risikan pihaknya terhadap kewujudan sebuah pusat penjagaan ibu bersalin di kawasan kediaman mereka.

Difahamkan pusat penjagaan ibu bersalin itu beroperasi di Bandar Bukit Raja, Klang Selangor. Norfiza Mahfiz berkata, premis berkenaan didapati sedang menjalankan aktiviti tersebut apabila pihak MBDK tiba di lokasi kejadian.

Sumber: Facebook MBDK

Siasatan lanjut di lokasi mendapati premis itu beroperasi tanpa lesen perniagaan yang sah daripada MBDK. Selain itu, ia adalah kediaman yang dijadikan premis perniagaan seterusnya menyebabkan kesesakan dan ketidakselesaan dalam kalangan penghuni setempat.

Norfiza Mahfiz.

Premis Tersedia Dengan Kelangkapan Buat Si Bayi

Jika dilihat daripada foto dikongsi oleh MBDK di laman Facebook, premis itu kelihatan seperti berada di klinik atau hospital yang tersedia dengan kelengkapan buat si kecil.


Pusat Rawatan Ibu Bersalin Tanpa Lesen Dikenakan Kompaun

Mengulas lanjut tentang aktiviti haram dijalankan di premis, terdapat sejumlah bayi yang kini dirawat sejak pembukaan pusat tersebut pada beberapa bulan lalu.

Cakna dengan laporan orang awam, MBDK telah mengenakan satu kompaun kepada pekerja premis itu mengikut Undang-undang Kecil Pusat Kecantikan dan Penjagaan Kesihatan (Majlis Perbandaran Klang) 2013.

Tegas Norfisah, pusat penjagaan ibu bersalin tanpa lesen merupakan kesalahan serius kerana ia melibatkan bayi dan ibu yang baru sahaja melahirkan anak selain akan mendatangkan risiko sekiranya berlaku sebarang kecuaian.

Baca Artikel Berkaitan: Tips Berpantang Selepas Bersalin, Ini Barang-Barang Yang Ibu Perlu Ada

Baca Artikel Berkaitan: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

Baca Artikel Berkaitan: Baru 2 Bulan Selesai Bersalin Czer, Wanita Terhamil Lagi!


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd