Now Reading
Tips Berpantang Selepas Bersalin, Ini Barang-Barang Yang Ibu Perlu Ada

Tips Berpantang Selepas Bersalin, Ini Barang-Barang Yang Ibu Perlu Ada

Antara barang-barang yang diperlukan ketika dalam pantang adalah pad bersalin, laksatif dan lanolin cream.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Pengalaman melahirkan anak sememangnya satu perkara yang amat berharga bagi sebuah institusi keluarga.

Namun, di sebalik kegembiraan pasangan menyambut kelahiran cahaya mata, ibu juga harus melalui proses berpantang bagi menjaga kesihatannya.

Sebenarnya, berpantang bukan sahaja diamalkan oleh orang Melayu, malah masyarakat Cina dan India juga. Tempoh berpantang hanya 30 hari bagi masyarakat Cina dan India, tetapi boleh menjadi antara 40 hingga 100 hari bagi bangsa Melayu.

Secara tradisionalnya, ibu perlu menjaga pemakanan dengan ketat dan aktiviti sewaktu tempoh pantang ini. Sebagai contoh, sesetengah ibu tidak dibenarkan banyak meminum air ataupun memakan telur dan ayam. Terdapat juga ibu yang dilarang melakukan senaman ringan.

Namun, pakar kesihatan turut menasihati ibu-ibu yang berpantang agar tidak melakukannya secara berlebihan sehingga memudaratkan kesihatan. Sebagai contoh, pemakaian bengkung yang terlalu ketat kerana boleh menyebabkan buasir.


Barang-Barang Bagi Ibu Baru Bersalin

Bagi ibu mengandung yang akan bersalin tidak lama lagi, kami senaraikan beberapa tips berguna dan barang-barang yang diperlukan bagi memudahkan ibu membuat persediaan.

1. Pad Bersalin

Perkara pertama yang paling penting untuk ibu selepas bersalin adalah pad bersalin atau maternity pad. Pad bersalin adalah seperti pad haid tetapi dalam saiz yang lebih besar dan lebih tebal.

Antara jenama pad bersalin.

Ibu juga boleh memilih untuk memakai pad biasa jika darah nifas tidak terlalu banyak. Ingat ya ibu, pastikan kerapa ganti pad terutamanya apabila pad telah penuh. Kalau tak takut terkena jangkitan kuman di bekas jahitan.

Malah, ibu disarankan memakai seluar dalam pakai buang kerana boleh terus dibuang jika terbocor.

Selain daripada pad bersalin, ibu juga mempunyai pilihan untuk menggunakan seluar dalam haid atau overnight panties seperti yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok (@atiaizazi).

Jadi, ibu tidak perlu bersusah payah untuk memasang pad, sebaliknya hanya memakai sahaja seluar dalam ini.

Sumber gambar: TikTok @atiaizazi

2. Laksatif

Bagi ibu yang bakal bersalin, ketahuilah bahawa selepas bersalin, badan ibu akan sangat kekurangan air kerana menyusukan bayi. Selain daripada cepat dahaga dan terasa penat, ibu juga kebiasaannya boleh terkena sembelit.

Sembelit amat ditakuti ramai ibu yang baru sahaja bersalin kerana risau bekas jahitan di kawasan alat sulit terbuka!

Walaupun dengan pemakanan buah-buahan dan sayur-sayuran yang banyak, ibu masih boleh mengalami sembelit. Oleh itu, ibu perlu mengambil laksatif atau ubat sembelit bagi melancarkan proses membuang air besar.

Laksatif boleh didapati dalam bentuk tablet, serbuk, supositori dan cecair.

Sumber gambar: TikTok @atiaizazi

3. Lanolin cream

Antara tanggungjawab pertama ibu setelah melahirkan anak adalah menyusukan bayi. Pada mulanya, ibu mungkin terasa sakit pada bahagian areola payudara ketika bayi menyusu. Ini adalah kerana bayi masih belum pandai menghisap dengan betul, menyebabkan mereka meletakkan lebih tekanan terhadap tisu areola yang sensitif.

Disebabkan itu, ibu mungkin mengalami kekeringan pada bahagian aerola (cracked nipple) yang sehingga boleh menyebabkan luka dan berdarah jika tidak dirawat.

Penggunaan lanolin cream atau nipple cream penting untuk mengelak bahagian aerola daripada terus menjadi kering. Krim ini selamat untuk digunakan ketika menyusukan bayi dan tidak perlu dicuci terlebih dahulu.

Sumber gambar: TikTok @atiaizazi

4. Pam susu/ Pengumpul susu

Untuk makluman ibu yang bakal bersalin buat pertama kali, ketika ibu menyusukan bayi, susu boleh terkeluar dari kedua-dua belah payudara. Susu ibu cuma ada sekali setiap kali bersalin dan banyak khasiatnya buat bayi. Oleh itu, lebih baik dikumpul daripada dibiarkan terbuang begitu sahaja.

Ibu boleh menggunakan pam susu atau pengumpul susu (milk collector) untuk mengelakkan susu daripada membazir. Susu yang dikumpul ini perlu segera dimasukkan ke dalam botol dan disimpan di dalam peti sejuk untuk mengelakkannya daripada menjadi basi.

Milk collector bertujuan untuk menadah susu daripada tertumpah.

Jika ibu berada di luar, ibu boleh memakai pad menyusu atau nursing pad supaya pakaian tidak basah akibat susu yang terkeluar. Ibu juga diingatkan bahawa susu boleh terkeluar pada bila-bila masa sahaja terutamanya jika tidak menyusukan bayi untuk tempoh yang lama.

Bagi ibu bekerja pula, pastikan untuk membawa pam susu dan bekas simpanan khas untuk mengekalkan kesegaran susu.

5. Bra menyusu

Turut berkaitan dengan penyusuan bayi, salah satu barang yang penting disediakan oleh ibu bersalin adalah bra menyusu atau nursing bra.

Bra ini memudahkan proses menyusukan bayi kerana ia boleh dibuka di bahagian depan. Jadi ibu tidak perlu menarik bra ke atas yang boleh menyebabkan badan sakit dan bra rosak.

Ibu juga boleh memakai pakaian bersalin dan menyediakan nursing cover apabila berada di luar rumah supaya mudah untuk menyusukan bayi.

Sumber gambar: RDNE Stock Project/ Pexels

6. Pakej berpantang

Akhir sekali, para ibu yang berkemampuan boleh mendapatkan khidmat confinement lady melalui pakej berpantang. Melalui pakej ini, confinement lady yang bertugas bukan sahaja akan menjaga ibu, tetapi bayi sekali.

Ibu juga boleh memilih pakej yang mana confinement lady akan menyediakan makanan berpantang, mencuci pakaian ibu dan bayi serta mengemas rumah secara ringkas. Ini adalah sesuai bagi ibu yang berpantang sendiri.

Di samping itu, kebanyakan pakej berpantang biasanya merangkumi urutan, bertungku dan spa bagi ibu. Jadi ibu boleh la rileks sedikit sementara dimanjakan oleh confinement lady.

Kami berharap supaya perkongsian kami pada kali ini dapat memberi manfaat kepada para ibu yang bakal menyambut kelahiran cahaya mata tidak lama lagi.

Ingat ya, suami juga perlu bantu ibu untuk melakukan persediaan dan turut sama-sama menjaga ibu dan bayi. Good luck kami ucapkan!

BACA JUGA: Ini 5 Kondisi Para Isteri Selepas Bersalin Yang Suami Perlu Tahu

BACA JUGA: First Time Nak Bersalin? Ini 5 Tips Yang Dikongsikan Oleh Para Ibu


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd