Now Reading
Insentif RM2,000 Mula Diberi Kepada Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah Mulai 23 Februari Ini

Insentif RM2,000 Mula Diberi Kepada Penjawat Awam Gred 56 & Ke Bawah Mulai 23 Februari Ini

Selain itu, Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam akan turut mengagihkan RM1,00 kepada semua pesara kerajaan termasuklah veteran berpencen dan tidak berpencen.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (6 Februari) telah mengumumkan berita mengujakan kepada penjawat awam di Malaysia.

Memetik Berita Harian, semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah serta lantikan kontrak akan menerima Bayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam sebanyak RM2,000 bermula 23 Februari ini.

Selain itu, bantuan sebanyak RM1,000 juga akan diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuklah veteran berpencen dan tidak berpencen.

Turut disalurkan sebanyak RM1,000 kepada semua jawatan utama sektor awam membabitkan polis, bomba, tentera, angkatan bersenjata dan seluruh anggota beruniform.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sumber: MalayMail

Inisiatif ini diberikan selaras dengan hasrat kerajaan yang mahu meringankan beban rakyat terutamanya menjelang persediaan persekolahan anak-anak dan persiapan bagi menyambut bulan Ramadan serta Syawal.

Beliau membuat pengumuman tersebut ketika menyampaikan amanat pada majlis perhimpunan bulanan bersama warga Kementerian Kewangan.


Bantuan Ini Merupakan Antara Bajet Yang Dibentangkan Dalam Belanjawan 2024

Dalam pembentangan Belanjawan 2024 pada Oktober tahun lalu, Anwar yang juga selaku Menteri Kewangan telah memaklumkan tentang pembayaran Insentif Awal Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam.

Selain untuk membantu rakyat, bantuan tersebut juga merupakan inisiatif kerajaan kepada masyarakat sementara menunggu Kajian Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) ini dimuktamadkan.

Memetik sumber TVS, Anwar menjangkakan laporan akhir Kajian SSPA akan siap dalam tempoh dua bulan sebelum dibentangkan ke Jemaah Menteri.

Sumber: MalayMail

Anwar juga berkata kerajaan tidak lagi mahu melengahkan pelaksanaan SSPA selepas 12 tahun menunggu bagi memastikan keperluan dan kebajikan penjawat awam terbela.

Saya dah mulakan mesyuarat pelarasan gaji penjawat awam (SSPA) dengan Ketua Setiausaha Negara (Tan Sri Mohd Zuki Ali) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (Datuk Seri Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz), mereka setuju untuk dipercepatkan. Saya tak mahu kata ia sengaja dilengah-lengahkan, sudahlah 12 tahun tunggu, kita ambil laluan pantas.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Sebagai info, Kajian SSPA adalah satu inisiatif pembaharuan dalam perkhidmatan awam seiring dengan aspirasi Membangun Malaysia MADANI.

Baca Artikel Berkaitan: Bayaran STR Fasa 1 Mula Diagihkan Isnin Ini, 29 Januari 2024

Baca Artikel Berkaitan: Belanjawan 2024: Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Dinaikkan Dari RM8 Bilion Kepada RM10 Bilion

Baca Artikel Berkaitan: Ini Senarai Pelepasan Cukai Individu Diumumkan PM Dalam Belanjawan 2024


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd