Now Reading
Sultan Ibrahim Prihatin Terhadap Rakyat Walau Riak Wajah Garang – Pegawai Peribadi

Sultan Ibrahim Prihatin Terhadap Rakyat Walau Riak Wajah Garang – Pegawai Peribadi

Keprihatinan Sultan Ibrahim boleh dilihat menerusi program Kembara Mahkota Johor (KMJ) apabila baginda menyantuni rakyat jelata.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Sebentar tadi Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah sah mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong (YDPA) ke-17.

Baginda menggantikan Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah yang telah menamatkan pemerintahannya semalam (30 Januari). Ramai dilihat teruja dengan pelantikan tersebut dan percaya baginda mampu memimpin negara ke arah yang lebih cemerlang.

Baca Artikel Berkaitan: Sultan Johor Selesai Angkat Sumpah Sebagai Yang Di-Pertuan Agong Ke-17 Hari Ini, 31 Januari

Bukan sekadar reputasi baginda yang gah dalam membantu menaikkan ekonomi dan menyatukan rakyat Johor, baginda juga terkenal dengan wajah yang sentiasa serius.


Sultan Ibrahim Prihatin Terhadap Rakyat

Namun buat orang Johor, baginda cukup terkenal dengan sikap yang mulia dan prihatin terhadap rakyat walaupun raut wajah sentiasa kelihatan tegas.

Menurut Pegawai peribadi baginda, Datuk R. Sugumaran, keprihatinan baginda terhadap penduduk di Johor boleh dilihat ketika berlangsungnya program Kembara Mahkota Johor (KMJ) yang diadakan setiap tahun.

Sultan Ibrahim yang merupakan AIDE-DE-CAMP (ADC) sejak tahun 2003 juga telah menggerakkan kesemua jentera kerajaan untuk melakukan persiapan KMJ bagi memastikan baginda dapat menyantuni rakyat jelata.

Malah, inisiatif itu juga dilakukan bagi membantu setiap keluarga miskin di setiap daerah negeri tersebut.

“Tuanku amat prihatin dan cepat tersentuh melihat rakyat yang susah. Bila Tuanku lihat orang miskin, daif, cacat dan sebagainya, Tuanku akan kata, ‘Kasihan, Sugu kita akan bagi bantuan kepada mereka’.

“Sepanjang konvoi, jika ada pemandu yang ‘berkampung’ me­nunggu pelanggan, baginda akan berhenti dan beri bantuan kewangan. Begitu juga jika berhenti makan, semua pelanggan akan dibelanja dan pengusaha kedai dapat bonus berganda,” kata Sugumaran.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim

Malaysia Bertuah Memiliki Raja Yang Berjiwa Rakyat

Sementara itu, Su­gumaran turut berkata bahawa negara ini amatlah bertuah kerana mempunyai raja berjiwa rakyat dan mahu berikan yang terbaik buat mereka.

Bukan sahaja prihatin, Sultan Ibrahim juga amat mementingkan kesempurnaan dalam semua aspek termasuklah urusan melibatkan kerajaan dan isu membelenggu rakyat tempatan.

Sumber: Facebook Sultan Ibrahim

Saya teruja apabila baginda menjadi Agong. Tuanku sedia maklum bahawa harapan rakyat amat tinggi dan ia menjadi tugas berat, namun saya yakin baginda akan menjadi raja yang disanju­ngi serta diingati.

Datuk R. Sugumaran.

Berbicara tentang sifat budi pekerti baginda, pegawai peribadi itu turut berkongsi satu kenangan tidak dapat dilupakan olehnya iaitu semasa menaiki kereta mewah jenis Bentley dipandu sendiri oleh Tuanku dari Johor ke Shah Alam, Selangor bagi menghadiri Istiadat Pertabalan Sultan Selangor pada 2003.

“Tuanku juga suka scuba di­ving. Lokasi yang menjadi pilihan Tuanku adalah di Pulau Tinggi, Pulau Aur, Pulau Pemanggil dan Pulau Rawa di Mersing,” jelasnya.


Ribuan Rakyat Johor Iringi Keberangkatan Sultan Ibrahim Ke Istana Negara

Hari ini (31 Januari), ribuan rakyat Johor telah ‘turun padang’ bagi menyaksikan keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara, Kuala Lumpur.

Difahamkan orang ramai telah menunggu seawal 6.30 pagi di sepanjang laluan Istana Bukit Serene hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS), Kulai.

Setibanya di LTAS, Sultan Ibrahim telah disambut pembesar-pembesar negeri yang diketuai oleh Setiausaha Kerajaan Negeri Johor, Tan Sri Dr Azmi Rohani, Ahli Majlis Mesyuarat Negeri dan pegawai-pegawai kerajaan negeri.

Sumber: Facebook Istana Negara

Baca Artikel Berkaitan: [Terkini] Sultan Johor Dilantik Sebagai Yang di-Pertuan Agong Ke-17


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd