Now Reading
Polis Pangkat Sarjan Disyaki Terlibat 2 Kali Dalam Kes Rogol Pelajar 16 Tahun

Polis Pangkat Sarjan Disyaki Terlibat 2 Kali Dalam Kes Rogol Pelajar 16 Tahun

Anggota polis berusia 42 tahun itu disyaki telah merogol pelajar perempuan berusia 16 tahun sebanyak dua kali iaitu di hadapan balai polis dan kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Keselamatan golongan wanita semakin hari semakin membimbangkan apabila terdapat banyak kes melibatkan jenayah rogol dilaporkan sejak akhir-akhir ini.

Lebih membimbangkan lagi adalah selepas mendapati suspek adalah pihak bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi keselamatan masyarakat seperti mana kes yang terjadi kepada dua orang pelajar Uzbezkistan sebelum ini.

Baca Artikel Berkaitan:  2 Anggota Polis Ditahan, Disyaki Samun Warga Tempatan & Rogol Pelajar Uzbekistan

Baca Artikel Berkaitan: Kes Pemerasan & Rogol Pelajar Uzbekistan, Anggota Polis Mengaku Tak Bersalah


Polis Berpangkat Sarjan Dipercayai Rogol Pelajar Umur 16 Tahun

Dalam satu lagi kes terbaharu, seorang pegawai rendah polis berpangkat sarjan berumur 42 tahun disyaki telah merogol seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun pada September dan Oktober tahun lalu.

Kejadian itu dipercayai berlaku sebanyak dua kali iaitu di hadapan balai polis dan kawasan parkir pasar raya di daerah Perak Tengah.

Perbuatan anggota polis itu terbongkar selepas mangsa mendedahkan perkara itu kepada ibunya baru-baru ini sebelum dipanggil ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Perak Tengah untuk memberikan keterangan.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah ketika dihubungi wartawan Berita Harian mengesahkan pihak mereka telah menerima laporan berhubung kes ini pada 20 Januari lalu.


Suspek Sudah Dikenal Pasti Oleh Pihak Polis

Selepas melihat melihat nombor telefon yang ditunjukkan oleh mangsa, pihak polis sudah dapat mengenal pasti identiti suspek.

Identiti suspek dikenal pasti berdasarkan nombor telefon yang terpapar dalam telefon bimbit mangsa. Polis juga merampas dua telefon bimbit, masing-masing milik remaja berkenaan dan suspek.

Ketua Polis Daerah Perak Tengah Superintendan Hafezul Helmi Hamzah

Dalam pada itu, pihak polis juga sedang menunggu laporan kesihatan dari hospital selepas hasil pemeriksaan awal mendapati tiada kecederaan luaran berlaku pada mangsa.

Sehingga kini, tiada penangkapan dilakukan terhadap suspek dan kes disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd