Now Reading
“Boleh Musnahkan Ekosistem Laut” – 2 Nelayan Ditahan Lepas Guna Bahan Letupan Untuk Tangkap Ikan

“Boleh Musnahkan Ekosistem Laut” – 2 Nelayan Ditahan Lepas Guna Bahan Letupan Untuk Tangkap Ikan

Menurut Pengarah APMM Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim, bahan letupan dan alatan terlarang ‘Spear Gun’ yang digunakan oleh nelayan mampu memusnahkan ekosistem di laut.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Umum sedia maklum, terdapat beberapa spesis hidupan laut yang sudah pupus dan kini sedang terancam.

Salah satu hidupan laut terkenal yang sering anda dengar berhadapan dengan situasi terancam adalah penyu.

Hal ini berlaku disebabkan aktiviti haram dilakukan beberapa pihak tidak bertanggungjawab yang menyebabkan ekosistem laut semakin musnah.


2 Nelayan Ditahan Kerana Guna Bahan Letupan Untuk Tangkap Ikan

Seperti semalam (10 Januari), dua orang nelayan tempatan ditahan pihak berkuasa selepas didapati menjalankan aktiviti menangkap ikan menggunakan kaedah terlarang iaitu bahan letupan di kedudukan 0.1 batu nautika barat daya Pulau Sepanggar, Sabah.

Suspek yang ditahan kira-kira jam 7 malam oleh Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kota Kinabalu itu merupakan dua orang lelaki masing-masing berusia lingkungan 30 tahun.

Sumber: APMM Sabah via Buletin TV3

Alat Spear Gun Turut Dirampas

Menurut Pengarah APMM Sabah dan Labuan Laksamana Pertama Maritim, Datuk Che Engku Suhaimi Che Engku Daik, peralatan menangkap ikan tidak dibenarkan iaitu ‘Spear Gun’ yang dibawa kedua-dua suspek terbabit turut dirampas.

“Ketika rondaan dijalankan, APMM mengesan sebuah bot nelayan tempatan dikendali seorang juragan (ketua perahu atau kapal) dan seorang kru bot warga tempatan dalam keadaan mencurigakan.

“Hasil pemeriksaan mendapati nelayan ini melakukan kesalahan mengikut Akta Perikanan 1985,” kata beliau dalam satu kenyataan media.

Mengulas lanjut, kedua-dua nelayan berkenaan kemudian diringi masuk ke jeti Maritim Sepanggar untuk diserahkan kepada pegawai penyiasat kes tersebut.

Susulan kejadian itu, komuniti maritim diminta elak melakukan sebarang aktiviti menangkap ikan menggunakan bahan letupan.

Sumber: APMM Sabah via Buletin TV3

Guna Bahan Letupan Boleh Musnahkan Ekosistem Laut

Tambah Che Engku Suhaimi, tindakan sedemikian akan menggugat dan memusnahkan ekosistem serta batu-batu karang yang menjadi tempat pembiakan hidupan laut.

Dalam masa sama, orang ramai diingatkan untuk tidak menggunakan peralatan seperti Spear Gun kerana ia adalah berbahaya sehingga boleh menyebabkan kecederaan seseorang dan maut.

“Komuniti maritim dinasihatkan untuk menggunakan peralatan yang dibenarkan sahaja dan mendapatkan lesen bagi pengunaan alat berkenaan.

“APMM tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu mahupun pihak yang cuba menghalang pegawai Maritim Malaysia dalam melaksanakan tugas penguatkuasaan,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan. Sumber: Pexels

Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd