Now Reading
Bapa Tergamak Pukul Anak Usia 3 Tahun Hanya Kerana Terkencing Atas Sofa

Bapa Tergamak Pukul Anak Usia 3 Tahun Hanya Kerana Terkencing Atas Sofa

Tindakan lelaki berkenaan hingga menyebabkan kecederaan telah menyebabkan isteri tampil ke balai polis untuk membuat laporan.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Kanak-kanak yang sedang membesar seperti dalam lingkungan umur satu hingga empat tahun kebiasaannya berada dalam fasa menerokai dunia sendiri.

Malah ketika di usia ini juga mereka sedang mempelajari banyak perkari yang adakalanya menguji kesabaran.

Kerana segelintir dari mereka belum mahir untuk menyatakan kehendak secara jelas contohnya ingin membuang air kecil terutama bagi si kecil yang sedang belajar tidak menggunakan lampin.

Oleh itu, kita sebagai ibu bapa perlu banyak bersabar dalam melatih mereka agar mereka menerima sesuatu perubahan atau ilmu secara baik.


Terkencing atas sofa, bapa pukul anak dan isteri

Baru-baru ini, seorang bapa telah bertindak memukul anak dan isterinya hanya kerana kanak-kanak berusia tiga tahun itu terkencing di atas sofa ruang tamu.

Kejadian itu berlaku di Taman Putra Damai, Lembah Subang, Petaling jaya pada 31 Disember 2023, jam 11.50 pagi.

Difahamkan bapa berusia 29 tahun itu tidak dapat mengawal kemarahannya sebelum memukul mangsa dan isteri.

Isteri buat laporan polis kerana alami kecederaan fizikal

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhruddin Abdul Hamid memberitahu tindakan lelaki berkenaan telah menyebabkan mangsa mengalami kecederaan fizikal.

Oleh itu, isteri serta anak telah hadir ke balai polis untuk membuat laporan berhubung perkara tersebut.

Sebaik menerima laporan pihak polis kemudiannya menahan suspek.

“Susulan itu, polis menahan suspek dan direman bermula kelmarin hingga Ahad (7 Januari) ini bagi membantu siasatan.

“Siasatan mendapati punca kejadian itu kerana anaknya terkencing di sofa ruang tamu,” katanya, dipetik Kosmo.

Kes disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan, juga Seksyen 18A Keganasan Rumah Tangga serta Seksyen 31 (1) (a) Akta Kanak-Kanak 2001.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd