Now Reading
Covid-19: Kes Kembali Meningkat Kepada 2,305 Pada Minggu Lalu

Covid-19: Kes Kembali Meningkat Kepada 2,305 Pada Minggu Lalu

Namun begitu, kadar kemasukan pesakit disahkan positif termasuk mereka yang disyaki Covid-19 dilihat telah berkurang kepada 2% bagi setiap 100,000 penduduk.

xbb1.5 kraken omicron variant covid-19

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Semalam (23 November), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menerusi satu kenyataan media memaklumkan bahawa sebanyak 2,305 kes Covid-19 dikesan semasa Minggu Epidemiologi ke-46 (ME 46/2023) dari 12 hingga 18 November lalu.

Ini menunjukkan berlaku peningkatan kes penularan virus sebanyak 28% berbanding 1,801 kes yang dilaporkan pada 5 hingga 11 November.

Namun begitu, kadar kemasukan pesakit disahkan positif termasuk mereka yang disyaki Covid-19 dilihat telah berkurang kepada 2% bagi setiap 100,000 penduduk pada ME 46/2023 berbanding ME 45/2023.

“Pada ME 46/2023 pengisian katil Unit Rawatan Rapi (ICU) adalah 0.4%, manakala peratus pengisian katil bukan kritikal COVID-19 pula adalah sebanyak 0.7%.

“Sehingga kini, situasi Covid-19 masih terkawal di Malaysia,” kata kementerian itu.


21 Varian Omicron Dijangkiti Pesakit

Tambah KKM dalam hantaran sama, terdapat 20 kes Variant of Concern (VOC) dan satu kes Variant of Interest (VOI) telah berlaku dalam kalangan masyarakat.

“Sehingga kini sebanyak 785 kumulatif kes ‘currently circulating’ VOI iaitu XBB.1.16, XBB.1.5, dan EG.5 dikesan yang terdiri daripada 783 kes tempatan serta dua kes import.

“Pecahan kes merangkumi 143 kes di Sarawak, Selangor (136), Kuala Lumpur (119), Melaka (117), Johor (59), Kedah (52), Pulau Pinang (37), Terengganu (24), Sabah (23), Kelantan (21), Negeri Sembilan (16), Perlis (12), Perak dan Putrajaya masing-masing sembilan serta lapan kes di Pahang,” jelas KKM.

Dalam pada itu, sehingga ME 45/2023, hasil aktiviti survelan Influenza-Like Illness (ILI) dan Severe Acute Respiratory Infections (SARI) bagi virus di lokasi seluruh negara mendapati sebanyak 61 sampel ILI dikesan positif Covid-19 dengan kadar positif 7%.

Manakala sebanyak 69 sampel SARI dengan kadar positif 3% ketika ME 45/2023.


KKM Sarankan Orang Ramai Amalkan Langkah Pencegahan

Susulan penularan virus berkenaan, KKM telah menyeru orang ramai untuk mengamalkan langkah pencegahan seperti berikut:

  • Kerap mencuci tangan dan sanitasi.
  • Memakai pelitup muka terutamanya di kawasan bergejala dan sesak.
  • Mengamalkan TRIIS iaitu test, report, isolate, inform dan seek ketika didapati mempunyai simptom.
  • Mendapatkan rawatan antiviral Paxloid di Klinik Kesihatan terdekat.
  • Mendapatkan dos primer vaksin dan dos penggalak bagi mengurangkan risiko penularan wabak tersebut.
Sumber: Pexels

Hati-hati semua!

Baca Artikel Berkaitan: XBB1.5 Atau ‘Kraken’ Adalah Sub-Varian Paling Berpotensi Cetus Gelombang Besar Covid-19 – WHO


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd