Now Reading
XBB1.5 Atau ‘Kraken’ Adalah Sub-Varian Paling Berpotensi Cetus Gelombang Besar Covid-19 – WHO

XBB1.5 Atau ‘Kraken’ Adalah Sub-Varian Paling Berpotensi Cetus Gelombang Besar Covid-19 – WHO

WHO melabelkan strain itu sebagai ‘subvarian paling mudah berjangkit yang pernah dikesan’, dengan XBB.1.5 menjadi punca sebahagian besar jangkitan di Amerika Syarikat (AS).

xbb1.5 kraken omicron variant covid-19

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Varian Omicron baharu dikenali sebagai XBB.1.5 telah diberi nama panggilan ‘Kraken.’

Nama panggilan itu dicipta oleh Dr Ryan Gregory, seorang profesor biologi di Universiti Guelph di Ontario, Perancis, untuk memudahkan pemahaman orang ramai tentang ancaman Omicron yang semakin mengganas.

Tambahan pula, menamakan varian Covid menggunakan keturunan PANGO (menggunakan gabungan huruf dan nombor) boleh mengelirukan dan mudah dilupakan oleh orang ramai.

Oleh disebabkan itu, Dr Ryan tampil dengan idea menamakan varian Covid-19 menggunakan nama makhluk mitologi untuk berkongsi maklumat tentang strain virus yang mencetuskan gelombang dengan cara yang boleh diakses.


Apa Itu Varian ‘Kraken’?

XBB.1.5 aka Kraken ialah kacukan antara dua strain Omicron terdahulu: BA.2.75 (Centaurus) dan BA.2.10.1.

WHO turut melabelkan strain itu sebagai ‘subvarian paling mudah berjangkit yang pernah dikesan’, dengan XBB.1.5 menjadi punca sebahagian besar jangkitan di Amerika Syarikat (AS).

Varian Kraken dibangkitkan sebagai kebimbangan WHO pada bulan Oktober tahun lalu oleh kerana keupayaannya untuk ‘menembusi’ imuniti semula jadi dan perlindungan vaksin.

Ia telah menyebabkan gelombang jangkitan di negara-negara seperti Singapura dan India.

Strain itu juga boleh menjangkiti semula orang yang telah pulih daripada jangkitan Covid-19 sebelum ini.

Kraken telah dilaporkan ditemui di 29 negara, termasuk Amerika Syarikat, di mana lebih 40% jangkitan di negara itu adalah berpunca daripada XBB.1.5.

Menurut Berita Harian, strain Kraken belum ditemui di New Zealand.

Di China, Shanghai telahpun mengesan tiga jangkitan yang disebabkan oleh varian itu dan berkata semuanya adalah kes import. Strain yang terkenal di negara berkenaan ialah varian Omicron: BA.5.2 (Triton) dan BF.7 (Minotaur).


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd