Now Reading
Kemasukan Pelancong Ke Malaysia Diketatkan, Tiada Diskriminasi – PM

Kemasukan Pelancong Ke Malaysia Diketatkan, Tiada Diskriminasi – PM

Isu ini juga dibangkitkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika sidang media dan beliau memaklumkan Malaysia tidak akan melakukan diskriminasi terhadap rakyat China berikutan wabak Covid-19.

Malaysia Perketatkan Kemasukan Pelancong Dari Seluruh Dunia, Bukan Dari China Sahaja - PM

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Berikutan peningkatan kes wabak Covid-19 di China yang semakin membimbangkan orang ramai, ia dilihat lebih menggusarkan masyarakat selepas negara berkenaan mula membuka sempadan negara mereka.

Susulan itu, ramai rakyat China yang mula menempah tiket penerbangan untuk keluar dari negara tersebut.

Namun, sesetengah negara seperti Maghribi dan Qatar telah menyekat kemasukan pelancong dari negara China bagi membendung wabak Covid-19 daripada menular semula.

Sumber: MalayMail

Malaysia Bakal Ketatkan Kawalan Kemasukan Pelancong Dari Seluruh Dunia, Tiada Diskriminasi Terhadap China

Menerusi sidang media yang dihadiri oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini (4 Januari), beliau cakna dengan kebimbangan rakyat tentang kemasukan pelancong China ke Malaysia.

Isu ini juga dibangkitkan ketika sidang media dan beliau memaklumkan Malaysia tidak akan melakukan diskriminasi terhadap rakyat China berikutan wabak Covid-19.

Berikutan itu, beliau menjelaskan bahawa langkah kawalan kemasukan ke Malaysia akan lebih diperketatkan kepada semua pelancong dari seluruh dunia dengan kes Covid-19 yang tinggi dan bukan dari China sahaja.

Boleh jadi pelancong dari mana-mana negara itu baru pulang dari negara China. Jadi, tiada diskriminasi dilakukan terhadap negara China. Malah, kita akan perketatkan kawalan kemasukan semua pelancong dari seluruh dunia.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan ini dibuat selepas Mesyuarat Kabinet bertegas untuk memutuskan tanpa ragu-ragu bagi mengutamakan kesihatan rakyat Malaysia berbanding dari segi pelancongan serta ekonomi.

Kabinet memutuskan tanpa ragu-ragu bahawa kesihatan rakyat Malaysia perlu diutamakan. Pelancongan dan ekonomi tidak boleh mendahului kesihatan rakyat. Ramai yang menyoalkan tentang pelancongan dan sebagainya. Tetapi kami tidak akan berkompromi bagi menjaga kesihatan masyarakat.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, Anwar turut menggalakkan rakyat Malaysia untuk mengambil dos suntikan penggalak kerana hanya 49% sahaja masyarakat yang mengambilnya.

Oleh kerana masih terdapat baki enam juta dos penggalak, beliau menyarankan agar dos tersebut diambil terlebih dahulu oleh para wartawan, diikuti rakyat.


Terdahulu, survelan persekitaran Covid-19 yang dilakukan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggunakan air kumbahan yang dilaksanakan sejak Jun hingga 31 Disember 2022 telah merekodkan 96.5% atau 28 daripada 29 sampel dari Pintu Masuk Antarabangsa (PMA) dikesan mempunyai kehadiran virus SARS-CoV-2 dengan varian Omicron.

Sampel air kumbahan dari pesawat yang datang dari negara China akan dihantar ke Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK) untuk ujian PCR seterusnya dihantar untuk penjujukan genom sekiranya dikesan positif Covid-19.

BACA JUGA: 96.5% Sampel Air Kumbahan Pesawat Dikesan Miliki Virus Covid-19 – KKM


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd