Now Reading
Sharnaaz Ahmad Ambil Pengajaran Lepas Bebas Tuduhan Tumbuk Pengawal Keselamatan

Sharnaaz Ahmad Ambil Pengajaran Lepas Bebas Tuduhan Tumbuk Pengawal Keselamatan

Sejurus dibebaskan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, Sharnaaz berkata dia akan lebih berhati-hati serta menjadikan kes itu sebagai satu pengajaran.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Hari ini (17 November), pelakon Sharnaaz Ahmad telah dibebaskan di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur atas pertuduhan menumbuk seorang pengawal keselamatan dikenali sebagai Izzul Islam Awang yang juga penghuni kondominium pada bulan Jun, 2022.

Keputusan tersebut dilakukan selepas pihak pendakwaan menerima representasi yang dikemukakan pelakon itu kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).

Sewaktu prosiding berlangsung, Majistret Atiqah Mohamed @ Mohamad Saim telah memerintahkan pelakon itu dilepas dan dibebaskan selepas mendengar hujahan kedua-dua belah pihak.


Sharnaaz Jadikan Kes Tumbuk Pengawal Keselamatan Sebagai Satu Pengajaran

Sejurus selepas keputusan mahkamah diumumkan, Sharnaaz atau lebih mesra dikenali sebagai Mamu berkata bahawa kes tersebut bakal dijadikan sebagai satu pengajaran buat dirinya untuk lebih berhati-hati selepas ini.

“Akan datang kena fikir banyak kali lah, tak nak buat perangai lagi,” katanya.

Dia dalam masa sama meluahkan rasa bersyukur selepas dibebaskan kerana kes ini boleh memberi impak besar kepada pekerjaannya.

“Ini soal reputasi dan perjalanan karier saya. Saya sudah banyak belajar dan akan terus belajar,” tambah Mamu lagi.

Sharnaaz yang akan muhasabah kelakuan dirinya berkata bahawa dia bercadang untuk bercuti bersama anaknya, Jebat selepas ini.

“Saya rasa kena tengok balik diri saya. Saya nak masuk 40 tahun dah, perangai masih macam budak lagi. Apa jadi dalam hidup saya satu story. Saya rasa kalau tutup buku, cerita akan jadi menarik,” ujarnya.

Menerusi hantaran di laman Instagram miliknya (@sharnaazahmad), dia turut berterima kasih kepada peguamnya dan orang ramai yang telah menyokongnya sepanjang kes itu berlangsung.

“Thank you very much. Insya-Allah Mamu tak buat hal lagi,” katanya melalui perkongsian video.


Sharnaaz Didakwa Tumbuk Pengawal Keselamatan

Terdahulu, Sharnaaz didakwa melakukan kekerasan terhadap salah seorang penghuni sebuah kondominium di Segambut, Kuala Lumpur.

Jelas aktor itu, kejadian pada awalnya berlaku kerana satu pergaduhan di antara penghuni dan salah seorang pengawal keselamatan kondominium terbabit.

Manakala kehadiran dirinya hanyalah untuk meleraikan pergaduhan sebelum berlakunya kejadian tersebut.

Pada 18 Januari lalu, Mamu telah mengaku tidak bersalah atas dakwaan dengan sengaja menyebabkan kecederaan terhadap Izzul Islam.

Pelakon itu dituduh di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga setahun atau denda maksimum RM2,000 atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.

Baca Artikel Berkaitan: “Demi Allah Saya Tak Tumbuk, Pijak, Cekik & Tendang Perut..” – Sharnaaz Ahmad


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd