Now Reading
22 Maut Dalam Kes Tembakan Rambang Di Amerika Syarikat, Didakwa Paling Buruk Tahun Ini

22 Maut Dalam Kes Tembakan Rambang Di Amerika Syarikat, Didakwa Paling Buruk Tahun Ini

Hasil siasatan mendapati suspek kes tembakan rambang di Maine, Amerika Syarikat merupakan seorang pengajar senjata api bertauliah serta anggota pasukan simpanan tentera Amerika Syarikat.

robert card tembakan rambang maine

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, terdapat dua kes tembakan rambang dilaporkan berlaku semalam (25 Oktober) di Lewiston, Maine, Amerika Syarikat sehingga meragut 22 nyawa manakala 60 orang mangsa yang mengalami kecederaan.

Memetik laporan CNN, tembakan rambang itu terjadi di dua lokasi berbeza iaitu di kedai permainan boling Sparetime Recreation dan restoran Schengenees Bar & Grille di Lincoln Street.

Suspek yang kini diburu oleh Jabatan Polis Lewiston telah dikenal pasti iaitu seorang lelaki berusia 40 tahun dikenali sebagai Robert Card.

Hasil siasatan mendapati suspek merupakan seorang pengajar senjata api bertauliah serta anggota pasukan simpanan tentera Amerika Syarikat.

Menurut statistik Gun Violence Archive (GVA), kes tembakan rambang yang direkodkan di Lewiston, Maine ini adalah insiden terburuk yang berlaku di Amerika Syarikat pada tahun ini.


Pihak Polis Sedang Cuba Mengesan Suspek Yang Masih Bebas Berkeliaran

Sehingga kini, suspek masih belum berjaya ditangkap dan pihak polis menerusi hantaran dimuat naik di laman Facebook turut meminta orang ramai untuk sentiasa berhati-hati ketika berada di tempat awam.

Dalam pada itu, pihak berkuasa di Androscoggin County memaklumkan pasukan kecemasan juga menerima laporan tentang kes tembakan di beberapa lokasi.


Kelas Pembelajaran Di Sekolah Dibatalkan Pada Hari Ini Susulan Kes Tembakan Rambang

Berikutan kes tembakan rambang yang berlaku di Lewiston, beberapa premis di kawasan berkenaan menutup operasi mereka pada hari ini (26 Oktober).

Malah, sekolah awam di kawasan berkenaan turut mengumumkan penutupan sekolah serta pembatalan kelas bagi tujuan menjaga keselamatan orang ramai.


Kes-kes Tembakan Rambang Yang Pernah Berlaku Di Asia

Insiden tembakan rambang sebelum ini pernah menjadi perbualan hangat masyarakat di Asia apabila satu kes berlaku di pusat membeli-belah Siam Paragon Mall, Bangkok, Thailand melibatkan seorang suspek remaja lelaki berusia 14 tahun.

Tembakan rambang tersebut telah mengakibatkan tiga mangsa maut dan empat lagi cedera.

Suspek telah ditahan pada hari yang sama oleh pihak polis Thailand di luar kawasan Siam Paragon Mall dan dipercayai tidak menunjukkan sebarang reaksi melawan serta disyaki mempunyai masalah kesihatan mental.

Selain itu, satu lagi kes tembakan rambang berlaku di sebuah pusat kanak-kanak prasekolah di Thailand melibatkan seorang pegawai polis yang diberhentikan kerja.

Insiden itu mengakibatkan sekurang-kurangnya 31 individu maut termasuklah kanak-kanak dan orang dewasa.

Artikel Berkaitan: 3 Maut & 4 Cedera Akibat Tembakan Rambang Di Bangkok, Suspek Usia 14 Tahun Ditahan Polis

Artikel Berkaitan: [Terkini] 31 Maut Ditembak Di Pusat Kanak-kanak Prasekolah, Thailand


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd