Now Reading
[Terkini] 31 Maut Ditembak Di Pusat Kanak-kanak Prasekolah, Thailand

[Terkini] 31 Maut Ditembak Di Pusat Kanak-kanak Prasekolah, Thailand

Laporan di Thailand mengatakan suspek yang sebelum ini merupakan seorang pegawai polis baru-baru ini telah diberhentikan kerja.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Hari ini (6 Oktober), dunia telah digemparkan dengan berita menyayat hati apabila sekurang-kurangnya 31 individu maut selepas seorang bekas pegawai polis melepaskan tembakan di pusat jagaan kanak-kanak prasekolah di Thailand.

Menurut laporan BBC, suspek yang bersenjata itu masih bebas selepas serangan di Nong Bua Lamphu, di timur laut negara itu.

Polis berkata kanak-kanak dan orang dewasa adalah antara yang terkorban.

Suspek menembak dan menikam kanak-kanak dan orang dewasa dan kini dalam pelarian manakala motif serangan masih tidak jelas.

Laporan di Thailand mengatakan pegawai itu baru-baru ini telah diberhentikan kerja.

Polis menjelaskan bahawa suspek kali terakhir dilihat memandu trak pikap Toyota empat pintu berwarna putih dengan plat pendaftaran Bangkok.

Seorang pegawai kanan polis di wilayah Nong Bua Lamphu berkata 23 kanak-kanak adalah antara mangsa yang terkorban, lapor agensi berita AFP.

Penembakan besar-besaran di Thailand jarang berlaku. Pada 2020 seorang askar membunuh 21 orang dan mencederakan berpuluh-puluh lagi di bandar Nakhon Ratchasima.

Dalam pada itu, Central Investigation Bureau melaporkan lelaki bersenjata itu telah membunuh dirinya, isteri dan anaknya.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd