Now Reading
Peserta Ironman Langkawi 2023, Mui Mahmud Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan

Peserta Ironman Langkawi 2023, Mui Mahmud Meninggal Dunia Selepas Ditidurkan

Peserta Ironman Langkawi 2023 iaitu Muhaini Mahmud yang dilaporkan meninggal dunia juga merupakan pengasas bersama syarikat Kiddocare.

mui mahmud ironman langkawi 2023

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Terbaharu, seorang peserta kejohanan triathlon Ironman Langkawi Malaysia bernama Muhaini Mahmud berusia 44 tahun telah meninggal dunia di Hospital Sultanah Maliha (HSM), Langkawi semalam (8 Oktober).

Allahyarhamah yang juga merupakan pengasas bersama platform penyediaan perkhidmatan penjagaan bayi, Kiddocare Sdn Bhd dilaporkan hampir lemas kerana keletihan ketika mengambil bahagian dalam disiplin renang bagi acara disertainya.

Memetik sumber Kosmo, Ketua Polis Daerah Langkawi Asisten Komisioner Shariman Ashari menjelaskan bahawa arwah yang lebih dikenali sebagai Mui tidak menyedarkan diri selepas diselamatkan di Pantai Kok, Langkawi.

Arwah kemudiannya dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan kritikal sebelum ditidurkan semasa menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Sabtu lalu (7 Oktober).


Sahabat Luah Rasa Sedih Atas Kehilangan Allahyarhamah Mui Mahmud

Berita pemergian Mui Mahmud ini turut dimuat naik oleh anak kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi iaitu Datuk Nurulhidayah di laman Facebook miliknya (Nurulhidayah Ahmad Zahid).

Nurulhidayah meluahkan rasa sedih apabila sahabat karibnya itu telah ‘pergi’ buat selama-lamanya.

Saya hilang kawan baik saya yang tak pernah terlupa untuk beri ucapan Selamat Hari Lahir kepada saya setiap tahun dan hari jadi saya lagi dua minggu. Kan kita dah janji untuk makan-makan meraikan pencapaian 45 tahun. Allah lebih sayangkan u Mui. Semoga u rehat dengan tenang di taman-taman Syurga.

Datuk Nurulhidayah Ahmad Zahid.

Dalam pada itu, anak kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak iaitu Nooryana Najwa turut memberi ucapan takziah kepada keluarga Mui atas pemergian sahabatnya.

Nooryana menceritakan dia seolah-olah tidak percaya dengan khabar yang diterimanya menerusi WhatsApp itu.

Bila saya pertama kali dengar berita ini, saya macam tak percaya yang ia adalah kenyataan. Terima kasih jadi kawan yang baik, Mui. Awak antara yang ada ketika keluarga saya ditimpa ujian.

Nooryana Najwa.

Profil Muhaini Mahmud

Allahyarhamah Mui Mahmud telah berkahwin dengan Rahman Hussin pada tahun 2016 dan dikurniakan seorang anak lelaki bernama Mateen Maliq.

Mui Mahmud merupakan anak kepada bekas Naib Canselor Universiti Kebangsaan Malaysia pada sesi 2006 sehingga 2013 iaitu Tan Sri Datuk Seri Prof Emerita Dr Sharifah Hapsah manakala bapanya pula adalah Prof Datuk Dr Mahmud Mod Nor yang pernah memegang jawatan sebagai Naib Canselor Univerisiti Sains Islam Malaysia.

Kemudian pada tahun 2019, arwah telah menjadi pengasas bersama bagi aplikasi pertama di Malaysia yang menghubungkan antara ibu bapa dan pengasuh kanak-kanak

Penubuhan Kiddocare ini juga dibina bagi membolehkan para wanita menjana pendapatan sampingan dengan menjadi pengasuh yang berkelayakan.

Sumber: Instagram

Selain itu, arwah yang mempunyai pengalaman lebih 10 tahun dalam dunia korporat sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai bekas pengarah Hal Ehwal Korporat di Weststar Group dan bekas perunding aktuari di Actuarial Partners Consulting.

Bukan sahaja seorang yang bercita-cita tinggi dalam kerjaya, arwah Mui Mahmud adalah individu yang gemar bersukan dan pernah menyertai Selangor Duathlon 2023 serta berjaya memperlehi tempat ketiga bagi kategori wanita 45 tahun ke atas.

Kami mendoakan agar ahli keluarga arwah tabah menerima ujian ini dan semoga roh Allahyarhamah Mui Mahmud ditempatkan dalam kalangan orang beriman.

Sumber: Kosmo | Tatler


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd