Now Reading
Kes Bantai Rider: Majistret Tegur Suspek Untuk Tidak Tunjuk Hebat Di Jalan Raya

Kes Bantai Rider: Majistret Tegur Suspek Untuk Tidak Tunjuk Hebat Di Jalan Raya

Suspek juga telah dijatuhi hukuman penjara dua bulan dan denda RM2,000 oleh Majistret Siti Zubaidah Mahat di Mahkamah Majistret Klang, hari ini (5 Oktober 2023).

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


Seorang pekerja bengkel yang didapati memukul mangsa iaitu rider penghantar makanan pada satu kejadian tular pada Ahad lalu (1 Oktober) telah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret hari ini (5 Oktober).

Tertuduh telah dijatuhi hukuman penjara selama dua bulan dan denda RM2,000.

Sebelum perbicaraan berakhir, Majistret Siti Zubaidah Mahat menegur tertuduh, Mohd Faizul Nazri berusia 39 tahun itu untuk tidak menunjuk hebat di atas jalan raya.

Jangan nak ikut perasaan dan ingin tunjuk hebat di jalan raya. Orang buat salah sikit pun, nak bagi (pukul atau belasah). Sudahnya, kamu masuk mahkamah hari ini.

Majistret Siti Zubaidah Mahat.

Selain itu, beliau turut menegaskan agar tertuduh tidak mengikut perasaan dan mengambil pengajaran atas apa yang berlaku.

Tertuduh juga diarahkan untuk menjalani hukuman penjara dengan tempoh dua bulan tambahan jika gagal membayar denda.

Sumber: Kosmo

Tertuduh Mohon Dipenjara Tempoh Minimum Untuk Menemani Isteri Bakal Bersalin Anak Pertama

Tertuduh yang disabitkan kesalahan boleh dipenjara maksimum selama tujuh tahun dan denda di bawah Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Walau bagaimanapun, peguam yang mewakili tertuduh, Nicholas Cheoh memohon agar anak guamnya diberikan hukuman penjara minimum berikutan isterinya yang sarat mengandung.

Saya difahamkan isteri tertuduh sarat mengandung dan dia berhasrat berada di sisi isterinya bila melahirkan anak pertama mereka. Tertuduh juga menyesal dan memberi aku janji tidak akan mengulangi kesalahan itu.

Peguam yang mewakili tertuduh, Nicholas Cheoh.

Kes ‘Abang Sado’ Pukul Rider Hingga Cedera Gara-gara Kena Hon

Terdahulu, seorang lelaki yang menaiki kereta jenis Proton Saga telah mencetuskan pertelingkahan di tengah-tengah jalan raya selepas dia dipercayai memukul penghantar makanan itu beberapa kali di bahagian bawah badan.

Sumber: X (Twitter)

Kejadian itu berlaku apabila penunggang motosikal Yamaha 135C membunyikan hon kepada sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga orang lelaki.

Difahamkan, pemandu kereta jenis Proton Saga tersebut memandu secara berbahaya dan hampir melanggar motosikal tersebut.

Disebabkan bengang dihon, pemandu berkenaan telah menghalang rider di persimpangan lampu isyarat sebelum keluar dari kereta untuk memukul mangsa.

Artikel Berkaitan: [Terkini] ‘Abang Sado’ Pukul Rider Kini Dicekup Polis

Sumber: Kosmo | Buletin TV3


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd