Now Reading
[Terkini] ‘Abang Sado’ Pukul Rider Kini Dicekup Polis

[Terkini] ‘Abang Sado’ Pukul Rider Kini Dicekup Polis

Suspek utama berusia 39 tahun yang memukul mangsa pula didapati positif dadah jenis methamphetamine.

abang sado pukul rider

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!


[DIKEMASKINI]

Tiga orang lelaki berusia 28 hingga 39 tahun dipercayai terlibat dalam kes memukul seorang rider di persimpangan lampu isyarat jalan dilaporkan telah diberkas oleh pihak polis sekitar jam 6:30 petang semalam (2 Oktober).

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong memaklumkan kesemua suspek yang ditahan mempunyai dua rekod lampau berkaitan dadah.

Suspek utama berusia 39 tahun yang memukul mangsa pula didapati positif dadah jenis methamphetamine.

Susulan itu, kes berkenaan kini disiasat mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Pihak polis turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat lanjut berhubung kejadian untuk menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah ini di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran.


Pemandu Kereta Pukul Rider Di Lampu Isyarat Jalan

Dalam satu kejadian yang berlaku pada Ahad lalu (1 Oktober), seorang pemandu kereta dan penunggang motosikal telah mencetuskan pertelingkahan di tengah-tengah jalan raya sehingga menyebabkan kesesakan lalu lintas.

Menerusi video yang dimuat naik di laman X (Twitter @nanmanjoi8715), kelihatan seorang lelaki berbadan sasa yang memakai topi berwarna biru telah bertindak kasar kepada rider dengan memegang kolar baju mangsa.

Bukan itu sahaja, pemandu berkenaan turut memukul rider itu beberapa kali di bahagian bawah badan.


Apa Sebenarnya Yang Berlaku?

Memetik sumber Kosmo, Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong menjelaskan kejadian itu tercetus apabila penunggang motosikal Yamaha 135C membunyikan hon kepada sebuah kereta jenis Proton Saga yang dinaiki tiga orang lelaki.

Difahamkan, pemandu kereta jenis Proton Saga tersebut memandu secara berbahaya dan hampir melanggar motosikal tersebut.

Disebabkan bengang dihon, pemandu berkenaan telah menghalang rider di persimpangan lampu isyarat sebelum keluar dari kereta untuk memukul mangsa.

Salah seorang suspek menolak mangsa sehingga terjatuh daripada motosikalnya. Mangsa turut dicekik, ditumbuk pada muka selain ditendang perut dan kaki beberapa kali.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan Asisten Komisioner Cha Hoong Fong.
Sumber: X (Twitter)

Suspek Alami Kecederaan dan Kerugian Selepas Dipukul Oleh Pemandu

Mangsa yang berusia 21 tahun dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian bibir, tulang rusuk, dan kaki selepas dipukul serta ditendang oleh pemandu terbabit berhampiran Jalan Langat-Klang sekitar jam 7:15 malam.

Selain itu, mangsa turut mengalami kerugian sebanyak RM250 apabila ‘cover set’ motosikalnya rosak akibat ditendang oleh suspek.


Suspek Kini Diburu Oleh Pihak Polis

Rata-rata netizen meluahkan rasa bengang dengan tindakan pemandu berkenaan yang bertindak kasar dengan mangsa dan berharap suspek segera ditahan oleh pihak polis.

Sumber: X (Twitter)

Dalam pada itu, usaha untuk mengesan dan menangkap suspek telah dijalankan oleh pihak polis mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan.

Sumber: Kosmo | X (Twitter @nanmanjoi8715)


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd