Pak Guard Ditahan Lepas Rosakkan Cermin Honda Civic Milik Jiran Sebab Selalu Buat Bising
Walau bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian air kencing juga negatif dadah.
Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk ketahui updates semasa & relevan!
Tidak dinafikan, hidup berjiran ini memang mencabar.
Kalau dapat jiran yang memahami dan bertimbang rasa, itu memang bonus. Jiran yang baik pun dikira sebagai rezeki juga. Jika sebaliknya, kesabaran harus tinggi untuk mengelakkan diri daripada melakukan perkara tidak elok kepada jiran tetangga.
Paling penting, sikap toleransi kena ada.
Baca Artikel Berkaitan: Wanita Warga Emas ‘Kantoi’ Dirakam CCTV. Sabotaj Tanaman Milik Jiran Dengan Petik & Siram Air Garam Hingga Layu
Baca Artikel Berkaitan: Awas! Pemilik Kucing & Anjing Boleh Didenda Jika Si Bulus Berak Merata-rata Di Rumah Jiran
Cermin Kereta Honda Civic Milik Jiran Dirosakkan Sebab Sering Buat Bising Di Rumah
Pada Selasa (1 Ogos) lalu, pihak polis telah menahan seorang lelaki berusia 32 tahun pada jam 12 tengah hari di Pandan Indah yang disyaki melakukan perbuatan khianat terhadap jirannya.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 51 tahun mendakwa cermin bahagian belakang kereta Honda Civic miliknya telah retak dan berlubang.
Kejadian itu dilaporkan berlaku pada Sabtu lalu (29 Julai) di rumah kedai di Pandan Indah, Ampang.
Pengadu mengesyaki insiden itu adalah perbuatan khianat.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya Asisten Komisioner Mohd Azam Ismail.
Walau bagaimanapun, semakan oleh pihak polis mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah, manakala ujian air kencing juga negatif dadah.
Punca kejadian adalah suspek sering menuduh pengadu membuat bising di tingkat atas rumahnya hingga menyebabkan suspek tidak selesa.
Mengulas lanjut, suspek kini direman selama tiga hari bermula Rabu sehingga Jumaat bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Sumber: Sinar Harian
Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, Threads dan Instagram.
I enjoy writing and eating at the same time. I sit at my work desk for hours every day. Oh! I like cafe hopping, though I don't drink coffee. I'm, uh.. indecisive. I see eight sides of everything. Currently leading Bahasa desk for The Rakyat Post as the Head Writer.