Now Reading
Kapal Selam Titan Meletup Berhampiran Bangkai Titanic, 5 Mangsa Sah Terkorban

Kapal Selam Titan Meletup Berhampiran Bangkai Titanic, 5 Mangsa Sah Terkorban

Kapal selam Titan itu meletup dan serpihan bahagian ekor ditemui sekitar 500 meter berhampiran artifak Titanic.

Kapal Selam Titan Meletup Berhampiran Bangkai Titanic, 5 Mangsa Sah Terkorban

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Sebuah kapal selam Titan milik OceanGate Expeditions dilaporkan hilang pada Ahad lalu (18 Jun) dengan membawa lima penumpang untuk ekspedisi melawat bangkai kapal Titanic.

Kapal selam tersebut dipercayai terputus hubungan dengan permukaan kira-kira satu jam 45 minit selepas melakukan selaman.

Pada 21 Jun lalu, pesawat Kanada jenis P-3 telah mengesan bunyi di bawah permukaan air berhampiran kawasan pencarian kapal selam Titan yang hilang berhampiran bangkai kapal Titanic.

Misi pencarian kapal selam berkenaan menjadi agak sukar kerana cabaran dari segi masa dan juga bekalan oksigen mangsa yang dikatakan hanya bertahan sehingga empat hari sahaja.

BACA JUGA: Kapal Selam ‘Titan’ Bawa Pelancong Untuk Lawat Titanic Dilaporkan Hilang Sejak Ahad

BACA JUGA: Kapal Selam Titan Hilang: Identiti 5 Mangsa Dikenalpasti

Sumber: OceanGate Expeditions

Kapal Selam Meletup, 5 Penumpang Disahkan Meninggal Dunia

Memetik laporan BBC, Pengawal Pantai Amerika Syarikat (AS) mengesahkan kapal selam Titan yang hilang pada Ahad lalu telah meletup berhampiran bangkai kapal Titanic dan kesemua lima penumpang terkorban.

Lima mangsa yang terkorban itu adalah:

  • Hamish Harding
  • Stockton Rush
  • Paul-Henri Nargeolet
  • Shahzada Dawood
  • Suleman

Bahagian ekor kapal selam Titan itu bersama serpihan lain ditemui sekitar 500 meter dari sisa artifak Titanic pada kedalaman 4,000 meter di bawah laut.

Petunjuk serpihan kapal selam berkenaan yang dikesan oleh pasukan mencari dan menyelamat sekaligus telah mengakhiri misi di Laut Atlantik.


OceanGate Expeditions Ucap Takziah Kepada Keluarga Mangsa Terlibat

Dalam perkembangan lain, syarikat yang mengendalikan ekspedisi berkenaan memuat naik hantaran di laman Twitter mereka (@OceanGateExped) dan memaklumkan tentang kematian CEO mereka, Stockton Rush serta empat mangsa lain.

Mereka sememangnya pengembara yang sangat menjiwai dunia lautan dan akan berusaha untuk melindungi khazanah di dalamnya. Kami semua berduka cita dengan khabar berita kematian lima mangsa dalam kejadian tragik ini.

OceanGate Expeditions.

Pihak mereka turut mengucapkan terima kasih kepada pasukan mencari dan menyelamat multinasional atas usaha mereka dalam misi ini.


Tahap Keselamatan Kapal Selam Milik OceanGate Dipersoalkan

Memetik laporan CBS News, sebelum ini terdapat pihak yang mempertikaikan tentang tahap keselamatan kapal selam milik OceanGate ini iaitu wartawannya sendiri, David Progue.

Menurutnya, kapal selam tersebut pernah mengalami kes hilang komunikasi ketika beliau menyertai misi untuk melawat bangkai kapal Titanic pada musim panas lalu.

Bukan itu sahaja, bekas Pengarah Operasi Marin OceanGate, David Lochridge juga membuat satu tuntutan mahkamah pada tahun 2018 membabitkan kebimbangannya tentang isu keselamatan kapal selam terbabit.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd