Now Reading
Kapal Selam ‘Titan’ Bawa Pelancong Untuk Lawat Titanic Dilaporkan Hilang Sejak Ahad

Kapal Selam ‘Titan’ Bawa Pelancong Untuk Lawat Titanic Dilaporkan Hilang Sejak Ahad

Kapal yang hilang dipercayai kapal selam Titan milik OceanGate berukuran seperti trak dan dapat menampung lima orang serta kebiasaannya melakukan penyelaman dengan bekalan kecemasan oksigen selama empat hari.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Operasi mencari dan menyelamat sedang berlangsung di tengah Samudera Atlantik setelah sebuah kapal selam hilang ketika sedang melakukan penyelaman ke bangkai kapal Titanic di Lautan Atlantik Utara.

Menurut pihak berkuasa, kapal selam sepanjang 6.5 meter dikendalikan syarikat OceanGate Expeditions itu memulakan selaman dan terputus hubungan dengan permukaan kira-kira satu jam 24 minit.

Firma pelancongan OceanGate berkata semua pilihan sedang dikaji untuk menyelamatkan lima orang yang berada di dalamnya di mana salah seorang pelancong yang menaiki kapal selam itu ialah ahli perniagaan dan bilionair Britain, Hamish Harding.

Tiketnya berharga $250,000 (£195,000) untuk lawatan selama lapan hari yang termasuk penyelaman ke reruntuhan pada kedalaman 3,800m (12,500 kaki).

Agensi kerajaan, tentera laut Amerika Syarikat dan Kanada, serta syarikat-syarikat laut dalam komersial turut membantu dalam operasi menyelamat.

Meskipun runtuhan kapal Titanic terletak kira-kira 435 batu (700km) di selatan St. John’s, Newfoundland, misi menyelamat telah dijalankan dari Boston, Massachusetts.


Kawasan ‘Terpencil’, Misi Pencarian Jadi Sukar Kerana Masa Jadi Faktor Paling Kritikal

Menurut laporan BBC, kapal yang hilang dipercayai kapal selam Titan milik OceanGate berukuran seperti trak dan dapat menampung lima orang serta kebiasaannya melakukan penyelaman dengan bekalan kecemasan oksigen selama empat hari.

Adalah satu cabaran untuk melakukan pencarian di kawasan terpencil seperti ini tetapi kami mengerahkan semua aset yang ada bagi memastikan bahawa kami dapat mengesan kapal selam ini dan menyelamatkan semua orang di dalamnya.

Laksamana Muda Pengawal Pantai AS, John Mauger.

Beliau juga menyatakan bahawa dua pesawat, sebuah kapal selam dan pelampung sonar terlibat dalam pencarian kapal tersebut, tetapi memaklumkan bahawa kawasan pencarian itu adalah ‘terpencil’ dan menjadikan operasi ini sukar.

John Mauger berkata pasukan penyelamat mengambil serius dan melakukan segala yang mereka boleh untuk membawa pulang individu yang berada di kapal selam itu dengan selamat.


“Misi Terakhir & Satu-satunya,” Tulis Hamish Harding, Seorang Jutawan Dari Britain

Hamish Harding iaitu seorang usahawan jutawan dan pengembara berusia 58 tahun dari Britain adalah antara mereka yang berada di dalam kapal selam yang hilang itu.

Pada hujung minggu di media sosial, Mr. Harding berkata bahawa dia “bangga mengumumkan” bahawa beliau akan turut serta dalam misi ke reruntuhan kapal Titanic, tetapi oleh kerana “musim sejuk ini adalah terburuk di Newfoundland dalam 40 tahun, misi ini kemungkinan akan menjadi misi terakhir dan satu-satunya ke Titanic pada tahun 2023”.

Tumpuan sepenuhnya adalah pada ahli krew dalam kapal selam dan keluarga mereka. Kami sangat bersyukur atas bantuan yang luas yang kami terima dari beberapa agensi kerajaan dan syarikat laut dalam dalam usaha kami untuk menghubungi semula kapal selam tersebut.

OceanGate.

Syarikat ini menjelaskan lawatan lapan hari ke kapal selam serat karbonnya sebagai “peluang untuk keluar dari kehidupan seharian dan menemui sesuatu yang benar-benar luar biasa”.

Menurut laman web OceanGate, satu ekspedisi sedang berlangsung dan dua lagi telah dirancang untuk Jun 2024.


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd