Now Reading
Razarudin Dilantik Menjadi Ketua Polis Negara Baharu, Ayob Khan Sebagai Timbalan

Razarudin Dilantik Menjadi Ketua Polis Negara Baharu, Ayob Khan Sebagai Timbalan

Tan Sri Razarudin Husain dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) manakala Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay pula akan menjadi timbalannya berkuat kuasa 23 Jun ini.

Razarudin Dilantik Sebagai Ketua Polis Negara Mulai Jumaat Ini, 23 Jun

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm atau ikuti berita kami menerusi aplikasi Lumi News untuk updates terkini & relevan!


Terbaharu, Tan Sri Razarudin Husain yang sebelum ini memegang jawatan Timbalan Ketua Polis Negara kini dilantik sebagai Ketua Polis Negara (KPN) baharu Malaysia berkuat kuasa Jumaat ini (23 Jun).

Beliau mengambil alih jawatan Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani yang sebelum ini membuat pengumuman mahu berundur daripada memegang jawatan tersebut.

Mengikut kontrak yang ditetapkan, Acryl Sani masih mempunyai beberapa bulan lagi untuk berkhidmat tetapi memilih untuk bersara awal.

Menurut laporan Berita Harian, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay juga dinaikkan pangkat sebagai Timbalan KPN yang baharu.

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay. (Sumber: MalayMail)

Kedua-dua pelantikan itu telah mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas nasihat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Razarudin akan memegang jawatan sebagai Ketua Polis Negara dengan kontrak dua tahun sehingga Jun 2025.


Profil Tentang Tan Sri Razarudin Husain

Beliau merupakan graduan dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dengan memegang kelulusan dalam  Ijazah Sarjana Sains Sosial Pengajian Kepolisan.

Dilahirkan di Dengkil, Selangor pada tahun 1963, Razarudin yang berusia 61 tahun telah mula menyertai Polis Diraja Malaysia (PDRM) pada 1984 dengan diberikan tanggungjawab sebagai Pegawai Penyiasat di bahagian Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kontinjen Kedah.

Tan Sri Razarudin Husain. (Sumber: MalayMail)

Kemudian, beliau meneruskan khidmat di jabatan tersebut sehingga tahun 1996 sebagai Penolong Penguasa Polis (ASP) di Daerah Muar, Johor.

Antara jawatan-jawatan lain yang pernah disandang oleh Razaruddin sepanjang berkhidmat dalam PDRM adalah seperti:

  • Ketua Bahagian Siasatan Jenayah Daerah Sandakan
  • Penolong Kanan Pesuruhjaya Polis (SAC) sebagai Timbalan Komander
  • Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah
  • Timbalan Ketua Polis Perak

Dengan lantikan terbaharu ini, kami mengucapkan selamat maju jaya kepada Razarudin dan Ayob Khan untuk menggalas tanggungjawab baharu demi menjaga keselamatan negara.

BACA JUGA: JIPS Siasat Anggota Polis Buat ‘Live’ TikTok Ketika Bertugas

BACA JUGA: Anggota Polis Buat ‘Live’ Di TikTok Diarah Pindah Dari Bukit Aman


Kongsi cerita viral & terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd