Now Reading
Anggota Polis Buat ‘Live’ Di TikTok Diarah Pindah Dari Bukit Aman

Anggota Polis Buat ‘Live’ Di TikTok Diarah Pindah Dari Bukit Aman

Anggota polis wanita tersebut akan dipindahkan ke ibu pejabat Polis Kontinjen Johor selepas tindakannya membuat ‘live’ di TikTok ketika sedang bertugas.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Seorang anggota polis wanita yang tular selepas membuat ‘live’ TikTok sewaktu membuat serbuan di salah sebuah premis hiburan akan dipindahkan keluar dari JSJ Narkotik Bukit Aman.

Menurut laporan Bernama, polis wanita itu akan dipindahkan ke ibu pejabat Polis Kontinjen Johor dan perkara tersebut disahkan sendiri oleh Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Razarudin Husain.

Pada 25 April lalu (Isnin), Bukit Aman telah mengesahkan bahawa anggota polis wanita tersebut adalah berpangkat pegawai dari Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik. Pengarah Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata berdasarkan siasatan awal, difahamkan ‘live’ TikTok berkenaan adalah bertujuan peribadi bagi mempromosikan akaun TikTok miliknya.

Video TikTok oleh Asisten Komisioner tersebut yang tular di media sosial membuatkan ramai netizen mempersoalkan profesionalismenya ketika menjalankan tugas rasmi sebagai seorang polis.

BACA JUGA: JIPS Siasat Anggota Polis Buat ‘Live’ TikTok Ketika Bertugas

Dalam video berdurasi satu minit dan 38 saat itu, polis wanita tersebut dilihat berbincang dengan anggota lain tentang serbuan polis di sebuah pusat hiburan.

Dia juga mengajak penonton ‘live’ tersebut untuk mengikutinya di TikTok dengan harapan dapat mencapai 100,000 orang pengikut.

Bukit Aman juga telah mengeluarkan arahan untuk menghalang kakitangannya daripada berkongsi kandungan media sosial peribadi mereka semasa menjalankan tugas.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd