Now Reading
Selangor Beri Pinjaman Komputer Selama 180 Hari Buat Golongan Memerlukan

Selangor Beri Pinjaman Komputer Selama 180 Hari Buat Golongan Memerlukan

Permohonan Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) ini akan mengutamakan individu yang datang dari isi rumah kurang daripada RM3,000 hingga RM5,000 sebulan.

Perpustakaan Awam Selangor Beri Pinjaman Komputer Sehingga 6 Bulan

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Dalam era digital pada hari ini, memiliki komputer peribadi (PC) adalah penting kerana ia memberi banyak manfaat termasuklah akses untuk mencari maklumat, keupayaan untuk berkomunikasi dan berhubung dengan orang lain.

Bukan itu sahaja, kemudahan itu juga membolehkan seseorang menguruskan tugasan dan menyelesaikan kerja dari mana-mana sahaja.

Dengan adanya PC juga, semua orang berpeluang untuk mempelajari kemahiran baharu, kekal ‘up-to-date’ tentang isu semasa dan boleh menjalankan perniagaan dari jauh.

PC juga dilihat sebagai salah satu pintu masuk ke dunia hiburan kerana mempunyai perkhidmatan penstriman, permainan dan media sosial.

Secara keseluruhan, memiliki komputer peribadi adalah penting untuk kekal berhubung, produktif dan bermaklumat dalam dunia moden.

Tetapi tidak semua orang mampu untuk membeli desktop atau komputer riba.

Jadi, inilah sebabnya kerajaan negeri Selangor tampil dengan program meminjamkan PC kepada mereka yang memerlukannya.

Skim Pinjaman Teknologi Asas Selangor (SEPINTAS) merupakan inisiatif kerajaan negeri Selangor melalui Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dengan menyediakan perkhidmatan pinjaman desktop dan komputer riba secara percuma kepada warga Selangor.

Inisiatif ini diwujudkan khususnya untuk membantu mereka yang memerlukan (dengan keutamaan diberikan kepada golongan B40) di perpustakaan terpilih di Selangor.

Sumber: PPAS

Desktop dan komputer riba tersebut telah dilengkapi dengan pembesar suara, WiFi, kamera web, Microsoft Office dan semua peralatan yang diperlukan untuk pembelajaran dalam talian atau menjana pendapatan.


Syarat Kelayakan Untuk Peminjam SEPINTAS

Pinjaman ini hanya layak untuk beberapa golongan sahaja mengikut syarat kelayakan di bawah:

  • Warganegara Malaysia yang menetap di Selangor.
  • Pelajar atau individu yang datang daripada isi rumah dengan pendapatan per kapita kurang daripada RM3,000 hingga RM5,000 sebulan akan diutamakan.

Seorang individu hanya boleh meminjam satu desktop atau komputer riba pada satu masa selama 180 hari. Terdapat penalti sebanyak RM5 setiap hari jika anda lewat memulangkan peranti daripada tarikh sepatutnya.

Jika peminjam menghilangkan komputer pinjaman itu, mereka perlu membayar RM1000 (Desktop) atau RM800 (Laptop). Peminjam tidak boleh memindahkan komputer kepada orang lain.

Anda boleh menyemak senarai 50 perpustakaan [DI SINI].

Jika anda berminat, permohonan boleh dihantar [DI SINI].


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd