Now Reading
Konsultasi Rahmah, Golongan B40 Di Bukit Gasing Boleh ‘Jumpa’ Doktor Online Pada Harga RM5 Sahaja

Konsultasi Rahmah, Golongan B40 Di Bukit Gasing Boleh ‘Jumpa’ Doktor Online Pada Harga RM5 Sahaja

Penduduk di Bukit Gasing boleh berunding dengan doktor hanya dengan menggunakan telefon mereka.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Keluarga golongan B40 di Bukit Gasing tidak perlu bersusah payah untuk pergi ke klinik lagi kerana mereka boleh mendapatkan konsultasi perubatan melalui telefon mereka dengan Aplikasi Doctor Anywhere dengan hanya RM5.

ADUN Bukit Gasing Rajiv Rishyakaran ketika mengumumkan inisiatif itu berkata ini bagi membantu meringankan beban penduduk.

Inisiatif itu adalah kerjasama antara pejabat ADUN Bukit Gasing dan Doctor Anywhere Malaysia.

Dalam satu tweet, Doctor Anywhere Malaysia berkata, “Penduduk Bukit Gasing kini boleh berunding dengan doktor dalam talian pada harga RM15 manakala kadar konsultasi video penduduk B40 akan disubsidi kepada RM5 sahaja! Sebarang ubat yang diperlukan akan dihantar ke rumah penduduk dalam masa 1 jam.”

Menurut Rajiv, terdapat 50 doktor akan bersiap sedia untuk merawat pesakit dari jam 6 pagi hingga tengah malam setiap hari. Melalui aplikasi ini juga akan ada perundingan oleh pakar.

Penduduk juga boleh membeli ubat-ubatan yang dipreskripsikan oleh doktor buat mereka dalam aplikasi atau di mana-mana farmasi berdekatan.

Sijil perubatan (MC) yang sah di sisi undang-undang juga akan diberikan kepada pesakit jika mereka layak untuk mendapatkannya.

Bagi mereka yang ingin menuntut yuran perundingan daripada syarikat mereka, resit juga akan diberikan.

Rajiv menyatakan bahawa dia pernah ke Klinik Kesihatan Taman Medan beberapa kali sejak beberapa tahun lalu untuk berjumpa dengan doktor tetapi terpaksa menunggu selama berjam-jam.

Dalam temu bual dengan Malaysian Insight, dia berkata melalui aplikasi itu, orang ramai boleh mengelakkan daripada masalah perjalanan, mencari tempat letak kereta dan menunggu dalam barisan untuk berjumpa doktor yang boleh memakan masa yang lama.

Penggunaan teknologi seperti ini adalah permulaan dalam barisan perubatan di negara kita.

Rajiv berharap Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mengambil kira perkara ini dan akan menjadikan inisiatif sedemikian lebih mudah diakses oleh semua orang pada masa hadapan.


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: FacebookTwitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd