Now Reading
Polis Cedera Diserang Dengan Batu Dalam Cubaan Tahan Warga Asing Ceroboh Rumah

Polis Cedera Diserang Dengan Batu Dalam Cubaan Tahan Warga Asing Ceroboh Rumah

Kejadian anggota polis diserang sehingga cedera dilaporkan berlaku di Kapar, Klang pada 2 November.

Jangan lupa follow channel Telegram TRPbm untuk updates terkini, relevan dan menarik!


Sudah menjadi kebiasaan apabila berlakunya satu kecemasan tidak kira di mana jua lokasinya, orang ramai akan menghubungi pihak berkuasa serta-merta.

Meskipun mereka tidak tahu apa sebenarnya berlaku, jika keadaan itu dilihat mencurigakan, kita semua disarankan untuk tidak bertindak untuk menyelesaikan sesuatu dengan sendiri, dan harus menghubungi pihak berkuasa dengan kadar segera.

Walau bagaimanapun, semalam (2 November) satu kejadian yang melibatkan dua orang anggota polis cedera di bahagian kepala apabila mereka dilaporkan cuba untuk menahan seorang lelaki warga Sri Lanka yang menceroboh sebuah rumah di Batu 4, Jalan Kapar, Klang.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang lelaki memaklumkan kediaman miliknya telah dimasuki individu tidak dikenali.

Susulan itu, dua anggota berusia 50-an dan 30-an dari Unit Kereta Peronda (MPV), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan bergegas ke rumah berkenaan untuk melakukan penyiasatan dan melihat seorang lelaki berada di rumah tersebut.

Kredit: Harian Metro.

Lelaki warga asing yang berusia 36 tahun itu ditahan dan dipercayai menceroboh rumah berkenaan dalam keadaan mabuk.

Ketika cubaan menahan suspek, lelaki itu bertindak agresif dan menyerang polis dengan menggunakan batu. Susulan itu, seorang daripada anggota lebam di kepala manakala seorang lagi menerima enam jahitan di kepala akibat pergelutan ketika menjalankan tangkapan.

Ketua Polis Daerah Klang Utara Asisten Komisioner S Vijaya Rao menerusi Harian Metro.

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan dan Seksyen 448 kanun sama.

BACA JUGA: [Video] Pemandu Wanita Fortuner Buli Axia Ditahan Polis & Kereta Disita

BACA JUGA: [Foto] Anggota Polis Trafik Kemalangan Dibantu Orang Awam Di Johor Buat Ramai Kagum


Kongsi cerita menarik dan terkini bersama kami di media sosial TRPbm: Facebook, Twitter, dan Instagram.

Get more stories like this to your inbox by signing up for our newsletter.

© 2024 The Rakyat Post. All Rights Reserved. Owned by 3rd Wave Media Sdn Bhd